Tuesday, November 14, 2017

NGC ENERGY BERI SUMBANGAN KEPADA RUMAH TITIAN KASEH

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) – NGC Energy Sdn. Bhd., antara perintis pembekal Gas Petroleum Cecair (LPG) tempatan,  telah menganjurkan majlis jamuan tengah hari amal untuk sebilangan 25 penghuni rumah perlindungan, Rumah Titian Kaseh, di sini, minggu lepas, sempena sambutan ulang tahun kelima syarikat tersebut.

Pada majlis itu,  NGC menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian termasuk pencuci dan pelembut pakaian, makanan dan minuman serta alat tulis untuk anak-anak yatim di rumah berkenaan.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Pengurus Besar NGC, Julianna Kamaruddin berkata sumbangan itu bertujuan meringankan beban dan kesusahan sesetengah anggota masyarakat yang kurang bernasib baik.

Bagi tahun-tahun sebelum ini, NGC telah membuat sumbangan dan penajaan secara berterusan kepada pelbagai organisasi kebajikan seperi Majlis AIDS Malaysia, Yayasan AIDS Malaysia dan MERCY Malaysia.

Rumah Titian Kaseh yang terletak berhampiran Taman Tasik Titiwangsa di sini telah ditubuhkan pada 1998 untuk menyediakan rumah dan perlindungan kepada ibu tunggal dan anak-anak yatim.

Ditubuhkan pada 2012, NGC Energy memiliki tiga loji pengisian LPG di Negeri Sembilan, Johor dan Perak.

Silinder ikoniknya iaitu MiraGas berwarna kuning iaitu tong gas memasak diedarkan ke seluruh Semenanjung Malaysia dengan piawaian kualiti dan keselamatan yang tinggi.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment