Tuesday, November 21, 2017

10 PRODUK UTAMA CHTF 2017 YANG BEGITU DIJANGKAKAN DIUMUMKAN

SHENZHEN, China, 20 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pameran Hi-Tech China ke-19 (CHTF 2017), dengan bertemakan "Pembangunan yang Didorong oleh ovasi dan Peningkatan Kualiti Bekalan", sedang berlangsung dari 16 hingga 21 November di Pusat Konvensyen dan Pameran Shenzhen. Pada sebelah tengah hari pada 10 November, 10 Produk Utama di CHTF 2017 telah diumumkan pada majlis penyampaian anugerah oleh Encik Gao Zimin, Naib Datuk Bandar Shenzhen.

Sejumlah 322 penyertaan bersaing untuk penyenaraian dalam 10 Produk Utama, dan pengundian berlangsung selama hampir tiga bulan. 60 calon produk dalam bidang tenaga baharu, cetakan 3D, paparan fleksibel, sains hayat, kenderaan tanpa pemandu dan AI disenarai pendek oleh penganjur, pakar dan wakil media dan diserahkan untuk pengundian terbuka secara dalam talian.

10 Produk Utama yang muktamad kesemuanya mewakili teknologi yang paling canggih di dalam sektor mereka masing-masing: peranti penghasilan air yang boleh menghasilkan air daripada udara, pakaian sukan pintar yang boleh memantau denyutan jantung dan data kesihatan yang lain, pencetak bio 3D yang boleh mencetak sebuah ovari yang berfungsi,  stesen pendingin hawa tenaga bersih, sistem keselamatan pintar untuk kanak-kanak, skrin penuh 6.01 inci, bateri cas pantas yang fleksibel, penjujuk gen 3-G, penyelesaian tahap 4 juruterbang automatik dan skrin tingkap anti jerebu.

Turut didedahkan pada majlis tersebut ialah "Lapan Produk Utama yang Menarik Perhatian" yang mewakili cita rasa orang ramai. Pemenang termasuk kamera 3D yang diaktifkan melalui pergerakan dan kenderaan peronda permukaan tanpa pemandu.

Sebagai aktiviti pemanasan sebelum pelancaran rasmi CHTF 2017, 10 Produk Utama itu telah mendapat perhatian umum untuk pameran itu. Temui anda di CHTF 2017!

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10600

No comments:

Post a Comment