Tuesday, November 28, 2017

LIGHTBRIDGE DAN AREVA NP TANDATANGAN PERJANJIAN UNTUK SEGERA MAJUKAN PEMBANGUNAN BAHAN API

CHARLOTTE, N.C., 27 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Lightbridge Corporation (NASDAQ:LTBR) dan AREVA NP menandatangani tiga perjanjian mengikat yang membolehkan syarikat untuk segera memajukan pembangunan teknologi bahan api berlogam Lightbridge yang inovatif dan melindungi semua harta intelek yang berkenaan sementara mereka memuktamadkan usaha sama mereka. Lightbridge merupakan syarikat pembangunan bahan api A.S. manakala AREVA NP pula merupakan peneraju dalam penservisan dan pembekalan kumpulan reaktor masa kini serta kemajuan tenaga nuklear untuk masa depan.

Ketiga-tiga perjanjian tersebut termasuk Perjanjian Perkhidmatan Penyelidikan dan Pembangunan, Perjanjian Pemilikan Bersama dan Tambahan Harta Intelek. Semua perjanjian ini merupakan bahagian penting usaha sama yang dalam pertimbangan dan akan mendokumentasi perjanjian akhir untuk hak harta intelek. Usaha sama ini dijangka akan bermula pada suku tahun pertama 2018.

Teknologi bahan api Lightbridge yang inovatif direka untuk meningkatkan ekonomi serta keselamatan loji kuasa nuklear sedia ada dan baharu dengan ketara. Ketiga-tiga perjanjian tersebut akan meliputi pentadbiran aktiviti penyelidikan dan pembangunan bersama, serta pemilikan harta intelek, termasuk geran hak penggunaan berdasarkan royalti kepada harta intelek sedia ada, serta pemilikan bersama (pada asas pembahagian 50-50) harta intelek baharu yang terhasil daripada aktiviti pembangunan bahan api bersama pada masa hadapan.

Seth Grae, Presiden dan CEO Lightbridge, berkata: “Keperluan untuk penyelesaian inovatif untuk meningkatkan ekonomi dan daya saing tenaga nuklear semakin hari semakin meningkat. Perjanjian yang kami umumkan hari ini membolehkan kami untuk memajukan pembangunan bahan api berlogam Lightbridge yang inovatif dengan cepat dan merupakan satu langkah besar ke arah pengewangan harta intelek kami. Teknologi bahan api Lightbridge yang inovatif direka untuk menjadikan reaktor sedia ada lebih berdaya saing dengan sumber tenaga lain, yang sangat diperlukan sekarang memandangkan beberapa loji nuklear A.S. yang diuruskan dengan baik menghadapi penutupan lebih awal dan projek pembinaan baru dibatalkan.”

Gary Mignogna, Presiden dan CEO AREVA Inc., berkata: “Perjanjian ini merupakan langkah penting ke arah menubuhkan usaha sama kami dengan Lightbridge bagi membawakan teknologi bahan api berlogam mereka yang canggih untuk menembusi pasaran. Kerjasama seperti ini adalah penting untuk memastikan kemudahan tenaga nuklear hari ini mempunyai teknologi yang diperlukan oleh mereka untuk beroperasi dengan lebih efisien untuk berpuluh tahun akan datang dan boleh membekalkan tenaga elektrik yang berkarbon rendah dan boleh diharap secara berterusan.”

Lionel Gaiffe, Naib Presiden Eksekutif Kanan Unit Perniagaan Bahan Api di AREVA NP, berkata: “Perjanjian ini mengorak langkah penting untuk mempercepatkan kerja-kerja reka bentuk, pelesenan dan pembuatan. Pasukan dan pakar kami daripada bidang kejuruteraan dan pembuatan telah diberikan kerja dan sangat teruja tentang projek ini. Kami tidak sabar untuk pengenalan perhimpunan ujian pertama teknologi yang berpotensi ini. Saya merasa sangat bangga untuk melihat sebuah pasukan antarabangsa, dari Eropah dan Amerika Syarikat, disepadukan sepenuhnya dan bekerja bersama dengan pasukan rakan Lightbridge kami.”

Pada 6 September 2017, Lightbridge dan AREVA Inc. (AREVA NP di Amerika Utara) mengumumkan Perjanjian Terma Utama yang mengikat, yang akan membentuk asas Perjanjian Pengendalian Usaha Sama. Perjanjian akhir tersebut dijangka akan ditandatangani pada suku keempat tahun 2017 dan akan menubuhkan usaha sama tersebut.

Sejak tahun 2011, Lightbridge telah menerima maklum balas yang berharga berhubung dengan pembangunan teknologi bahan apinya menerusi Lembaga Penasihat Bahan Api Utiliti Nuklear yang terdiri daripada empat peneraju utiliti nuklear A.S. Lightbridge juga menandatangani surat hasrat dengan utiliti nuklear A.S. untuk mempamerkan bahan apinya di loji kuasa nuklear komersial.

Perihal AREVA NP

AREVA NP merupakan kuasa antarabangsa utama dalam pasaran tenaga nuklear yang fokus dalam usaha mereka bentuk, membina, menyelenggara dan memajukan kumpulan nuklear global. Di Amerika Utara, AREVA NP (Areva Inc.) menggabungkan pimpinan A.S. dan Kanada untuk menyediakan penyelesaian inovatif dan teknologi bernilai bagi menyokong operasi kumpulan nuklear komersial dan bersedia untuk loji  kuasa nuklear generasi mendatang. Dengan memanfaatkan kepakaran 2,300 pekerjanya di Amerika Utara, AREVA NP membantu pelanggannya meningkatkan keselamatan dan prestasi loji nuklear mereka serta mencapai matlamat ekonomi dan sosial mereka.

Sertai perbualan tenaga dengan AREVA Inc di Twitter: @AREVA_NP_US, Facebook: AREVAinc dan saluran media sosial lain kami.

Perihal Lightbridge Corporation

Lightbridge (NASDAQ:LTBR) merupakan sebuah syarikat pembangun teknologi bahan api nuklear yang berpangkalan di Reston, Virginia, A.S. Syarikat ini membangunkan teknologi bahan api nuklear generasi mendatang yang proprietari untuk reaktor sedia ada dan masa hadapan. Teknologi meningkatkan aspek ekonomi dan keselamatan tenaga nuklear dengan ketara, beroperasi lebih kurang 1000° C lebih sejuk berbanding bahan api biasa. Lightbridge mencipta, melindungi paten dan telah mengesahkan teknologi tersebut dengan sendiri, termasuk kejayaan demonstrasi bahan api dalam reaktor kajian dengan rancangan jangka masa singkat untuk mempamerkan bahan api dalam suasana reaktor komersial. Syarikat telah menghimpunkan pasukan pembangun bertaraf dunia termasuk pakar berpengalaman daripada pembuat bahan api global. Empat kemudahan elektrik besar yang menjana lebih kurang separuh tenaga nuklear di A.S. telah memaklumkan Lightbridge tentang pembangunan dan pengerahan bahan api. Syarikat tersebut beroperasi di bawah model pelesenan dan royalti yang disahkan sendiri dan berdasarkan peningkatan tenaga yang dijana oleh bahan api yang direka oleh Lightbridge, serta ROI yang tinggi untuk operator reaktor sedia ada dan baharu. Faedah ekonomi telah dipertingkatkan lagi dengan kredit karbon dijangka yang tersedia di bawah Loji Kuasa Bersih. Lightbridge juga membekalkan perkhidmatan nasihat menyeluruh untuk program nuklear yang sudah mapan atau bakal muncul berdasarkan falsafah ketelusan, tidak tercemar, keselamatan dan kejayaan operasi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati: www.ltbridge.com.

Untuk menerima kemas kini tentang Lightbridge Corporation melalui e-mel, langgan http://ir.ltbridge.com/alerts.cfm.

Lightbridge juga berada di Twitter. Daftar masuk untuk mengikuti Lightbridge di Twitter: @LightbridgeCorp di http://twitter.com/lightbridgecorp.

Hubungan Akhbar AREVA NP:
Karen Heinold
(434) 856-6560
media.relations@areva.com

Hubungan Lightbridge:
David Waldman/Natalya Rudman
Crescendo Communications, LLC
Tel. +1 855-379-9900
ir@ltbridge.com


SUMBER : Lightbridge Corporation

No comments:

Post a Comment