Thursday, November 2, 2017

FESTIVAL ANIMASI ANTARABANGSA LAPANGAN TERBANG CHITOSE BAHARU KE-4 2017 DIJADUALKAN PADA 2 HINGGA 5 NOVEMBER


CHITOSE, Jepun, 31 Okt (Bernama) -- Festival Animasi Antarabangsa Lapangan Terbang Chitose Baharu 2017, sebuah festival filem animasi antarabangsa yang diadakan secara keseluruhannya di dalam bangunan terminal lapangan terbang itu, akan diadakan dari Khamis, 2 November, hingga Ahad, 5 November.

Dalam festival ini yang merupakan edisi keempat, pembikin filem animasi, sama ada dari Jepun dan antarabangsa, dan peminat berkomunikasi di antara satu sama lain menerusi budaya animasi yang sama di peringkat antarabangsa, yang akan ditunjukkan di tiga buah teater di lapangan terbang itu.

Satu pertandingan antarabangsa, iaitu bahagian utama bagi festival animasi itu, akan mempamerkan 44 karya dari 21 buah negara, yang dipilih daripada 2,037 karya yang dikemukakan dari 85 buah negara dan wilayah. Bilangan filem yang dikemukakan menunjukkan satu peningkatan iaitu kira-kira 800 hasil karya berbanding tahun lepas.

Terdapat juga tayangan khas. Penerbitan oleh Masaaki Yuasa "Lu Over the Wall" dan "MIND GAME" serta "Legend of the Galactic Heroes -- My Conquest is the Sea of Stars," satu koleksi karya oleh Yuri Norstein yang dikenali sebagai pakar animasi, akan ditunjukkan dengan kerjasama "Bakuon (hingar-bingar) Screening" yang menampilkan bunyi dinamik yang kuat sekali yang dihasilkan oleh pembesar suara yang digunakan untuk sebuah konsert secara langsung. Terdapat juga penayangan skor secara langsung bagi "A Silent Voice" oleh komposer Kensuke Ushio. Tambahan pula, "KUBO and the Two Strings" akan ditayangkan semasa festival itu sebelum keluarannya di teater di Jepun.

Selain itu, di Center Plaza, ruang acara utama di tingkat dua di bangunan terminal domestik, akan diadakan pameran dan bengkel, yang menampilkan Permainan Indie.

Untuk butiran lanjut, sila layari laman web rasmi:
http://airport-anifes.jp/en/

No comments:

Post a Comment