Friday, August 16, 2019

THE WE COMPANY FAILKAN PENYATA PENDAFTARAN UNTUK CADANGAN TAWARAN AWAM PERMULAAN

NEW YORK, 15 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- The We Company mengumumkan hari ini bahawa ia telah memfailkan satu penyata pendaftaran pada Borang S-1 dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”) berkaitan dengan satu tawaran awam permulaan bagi stok biasa Kelas A mereka. Jumlah saham yang akan ditawarkan dan julat harga bagi penawaran yang dicadangkan itu masih belum ditentukan.

J.P. Morgan, Goldman Sachs & Co. LLC, BofA Merrill Lynch, Barclays, Citigroup, Credit Suisse, HSBC, UBS Investment Bank dan Wells Fargo Securities akan bertindak sebagai pengurus penaja jamin bersama bagi tawaran itu. Penawaran itu akan dibuat hanya melalui sebuah prospektus. Salinan bagi prospektus awal yang berkaitan dengan tawaran itu, jika ada nanti, boleh diperolehi daripada: J.P. Morgan Securities LLC, d/a Broadridge Financial Solutions, 1155 Long Island Avenue, Edgewood, New York 11717, atau melalui telefon di (866) 803- 9204 (bebas tol); dan Goldman Sachs & Co. LLC, Jabatan Prospektus, 200 West Street, New York, NY 10282, melalui telefon di (866) 471-2526, dengan faksimili di (212) 902-9316, atau melalui e-mel di Prospectusny@ny.email.gs.com.

Satu penyata pendaftaran yang berkaitan dengan sekuriti ini telah difailkan dengan SEC tetapi masih belum dikuatkuasakan. Sekuriti ini tidak boleh dijual, atau tawaran untuk membeli diterima, sebelum masa penyata pendaftaran itu dikuatkuasakan. Siaran akhbar ini tidak boleh dijadikan sebagai satu tawaran untuk menjual atau permintaan bagi satu tawaran untuk membeli sekuriti ini, dan tidak ada sebarang penjualan sekuriti ini di mana-mana negeri atau bidang kuasa di mana tawaran, permintaan atau penjualan sedemikian adalah menyalahi undang-undang sebelum pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti bagi mana-mana negeri atau bidang kuasa itu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12448

No comments:

Post a Comment