Thursday, August 22, 2019

FESTIVAL SENI BUMI TAOYUAN 2019 AKAN DIMULAKAN DI UTARA TAIWAN SEPTEMBER INI

TAIPEI, Taiwan, 22 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Festival Seni Bumi Taoyuan 2019 yang bertemakan “Landskap Baharu” akan berlangsung di antara 6 Sept dan 22 Sept, yang memaparkan 34 karya seni yang dihasilkan oleh artis tempatan dan luar negeri, lima forum, 40 pertunjukan terkenal dan 200 acara termasuk bengkel dan pertukaran seni antarabangsa.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190821005292/en/

Acara tahunan itu, yang akan diadakan di Daerah Bade, Taoyuan, di mana Kem Tentera Dainan, yang pernah menjadi Ibu Pejabat Pertama Polis Khas, akan menjadi kawasan pameran utama yang disokong oleh kawasan kolam di sekeliling.

Di samping itu, dua kawasan pameran kecil di Muzium Seni Kanak-kanak Taoyuan di Qingpu dan Taman Ekologi Kolam Xipo serta pameran di Kolam Bade dan Taman Eko akan juga dipersembahkan pada tahun ini.

Festival Seni Bumi Taoyuan yang didasarkan kepada konsep “Melindungi Masa Kini dan Berusaha untuk Suatu Masa Hadapan Yang Lebih Baik,” akan menerokai, mengingatkan, mentafsir, mempamer dan menemui semula pelbagai aspek bagi “landskap”.

Sementara itu, satu siri aktiviti dan acara, yang berkaitan dengan budaya tempatan, kenangan sejarah, persekitaran kehidupan, adalah bertujuan untuk menghubungkan alam semula jadi, kemanusiaan bersama dengan emosi di Taoyuan. Ia akan menggunakan tanah tempatan untuk mewujudkan kenangan biasa dan suatu masa depan yang cerah serta memaparkan pelbagai seni untuk memacukan inovasi dan membuka perbatasan baharu.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara itu, sila layari http://taoyuanlandart.com.tw/

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12463

No comments:

Post a Comment