Wednesday, August 28, 2019

FESTIVAL LAYAR TAHUNAN CHINA BAKAL DIADAKAN DI HAIKOU PADA NOVEMBER

HAIKOU, China, 28 Ogos, 2019/Xinhua-AsiaNet/-- 
 
Pada 26 Ogos di Qinhuangdao, Persatuan Perahu Layar China dan Kerajaan Rakyat Perbandaran Haikou mengumumkan bahawa beberapa siri aktiviti untuk Festival Layar Tahunan China 2019 akan diadakan di Haikou pada 11-24 November nanti.  Bertemakan “Bandar Pelayaran, Haikou Belayar”, ini merupakan aktiviti susulan selepas kejayaan Festival Layar Tahunan China 2018.

Antara aktiviti Festival Layar Tahunan China 2019 termasuklah mesyuarat tahunan Persatuan Perahu Layar China, pusingan akhir Liga Layar China, pusingan akhir Pertandingan Layar Keluarga China, Kejohanan Dunia Keelboat dan Hall of Fame Pelayaran China.
 
Wakil-wakil dari Pelayaran Dunia, pertubuhan-pertubuhan kapal layar, kebangsaan dan daerah, Pentadbiran Am Sukan China, wakil-wakil bandar dan para atlet akan menghadiri Festival ini.  Kejohanan Dunia Keelboat yang pertama ini adalah merupakan kejohanan keelboat tunggal tahap tertinggi dunia dan ia baharu sahaja dilancarkan oleh Pelayaran Dunia.  Ia juga merupakan perlumbaan keelboat bertahap dunia yang pertama kali diadakan di China.
 
Liu Weidong, Ketua Setiausaha Persatuan Perahu Layar China berkata siri Festival Pelayaran Tahunan China ini merupakan satu usaha jitu persatuan tersebut dan Kerajaan Rakyat Perbandaran Haikou dalam usaha pembangunan budaya pelayaran, mempromosi pelancongan dan melaksana integrasi industri.  Festival ini mendapat sambutan positif dan disertai komuniti pelayaran di China dan juga antarabangsa.
 
Long Weidong, Datuk Bandar Haikou memperkenalkan Haikou sebagai kumpulan pertama Bandar-bandar Pelayaran China, yang telah melabur dan membina Pangkalan Latihan Berlayar dan Luncur Angin, Hotel Tema Pelayaran Luncur Angin Haikou, Rumah bot Pelayaran Luncur Angin, Bangunan Bakat dan Pangkalan Pelayaran Kebangsaan dan Marina Awam.  Memfokus kepada sukan belayar, Haikou mempunyai matlamat untuk mengintegrasikan sukan dan pelancongan dan membina zon demonstrasi pelancongan sukan kebangsaan.
 
Sumber: Kerajaan Rakyat Perbandaran Haikou

Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=343422

No comments:

Post a Comment