Thursday, August 22, 2019

PRA HEALTH SCIENCES MENGUMUMKAN KERJASAMA STRATEGIK ANTARA SYMPHONY HEALTH DENGAN CLOSE-UP INTERNATIONAL

RALEIGH, N.C., 21 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- PRA Health Sciences (NASDAQ: PRAH) pada hari ini mengumumkan bahawa Symphony Health, iaitu bahagian penyelesaian data syarikat tersebut, telah mengembangkan perkhidmatan data globalnya melalui kerjasama yang strategik dengan Close-Up International yang merupakan peneraju pembekal preskripsi perubatan dan audit jualan yang berpangkalan di Amerika Latin.

“Perjanjian dengan Close-Up merupakan pencapaian yang penting dalam komitmen Symphony Health untuk mengembangkan perkhidmatan kami pada peringkat antarabangsa,” kata Doug Fulling, Presiden Symphony Health. “Kehadiran di lebih banyak kawasan geografi merupakan komponen tambahan yang penting kepada tawaran daripada Symphony yang akan menjalin dan mengukuhkan hubungan kedua-dua organisasi tersebut di Amerika Syarikat dan Amerika Latin. Penyelesaian data dan pandangan dalaman yang tersedia melalui Symphony dan Close-Up International akan mendorong pembangunan ubatan dan strategi perdagangan pada masa hadapan.” 

Hubungan ini secara rasminya akan menyatukan dua pemimpin global yang memiliki pengalaman, pengetahuan dan pandangan yang unik untuk bekerjasama demi menyampaikan produk, perkhidmatan dan penyelesaian yang inovatif dalam pasaran farmaseutikal dan sains hayat. Organisasi tersebut akan mengedarkan data runcit dan bukan runcit satu sama lain secara eksklusif di kawasan geografi masing-masing.

“Apabila kami membentuk hubungan ini, kami memfokus pada usaha untuk memberikan nilai yang lebih hebat kepada pelanggan kami yang beroperasi di kedua-dua kawasan geografi kami, membantu mereka mencapai objektif perniagaan mereka sementara bekerjasama dengan peneraju pembekal penyelesaian data dan pandangan dalaman,” kata Norberto Bonaparte, CEO dan pengasas Close-Up International. “Kami komited untuk memperkenalkan penyelesaian yang inovatif kepada pasaran sebagai sebahagian daripada kerjasama ini yang akan memanfaatkan strategi pertumbuhan pelanggan kami.”

PERIHAL PRA HEALTH SCIENCES
PRA (NASDAQ: PRAH) ialah organisasi penyelidikan kontrak global yang memberikan perkhidmatan penuh, menawarkan pelbagai perkhidmatan pembangunan produk dan penyelesaian data kepada syarikat farmaseutikal dan bioteknologi di seluruh dunia. Perkhidmatan bersepadu daripada PRA termasuklah pengurusan data, analisis statistik, pengurusan ujian klinikal serta perundingan pembangunan pengawalseliaan dan ubatan. PRA beroperasi secara global di 90 negara merentas Amerika Utara, Eropah, Asia, Amerika Latin, Afrika Selatan, Australia dan Timur Tengah, dan memiliki lebih 16,000 pekerja. Sejak tahun 2000, PRA telah menyertai lebih 3,800 ujian klinikal. Selain itu, PRA mengambil bahagian dalam ujian penting atau sokongan yang berjaya memperoleh kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubatan A.S. atau pengawal selia antarabangsa untuk lebih 85 produk. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PRA, sila lawati www.prahs.com.

PERTANYAAN PELABUR: InvestorRelations@prahs.com
PERTANYAAN MEDIA:
Laurie Hurst, Pengarah, Komunikasi dan Perhubungan Awam
HurstLaurie@prahs.com, +1.919.786.8435

PERIHAL SYMPHONY HEALTH
Symphony Health, iaitu subsidiari yang dimiliki sepenuhnya oleh PRA Health Sciences, ialah peneraju pembekal data bernilai tinggi, analisis dan penyelesaian teknologi bagi pengilang biofarmaseutikal, penyedia jagaan kesihatan dan pembayar. Syarikat tersebut membantu pelanggan memahami kejadian, prevalens, perkembangan, rawatan dan pengaruh penyakit sepanjang proses pesakit dan pemberi preskripsi dengan menyambungkan dan menyepadukan set data utama dan sekunder yang luas serta menyediakan kepakaran penyelidikan, analisis dan perundingan. Data terbitan daripada Symphony Health meningkatkan keputusan pengurusan kesihatan dan membantu pelanggan memacu pertumbuhan hasil sementara memberikan pandangan dalaman yang kritikal tentang cara membuat penyesuaian yang berkesan untuk menghadapi ekosistem jagaan kesihatan yang berubah-ubah. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Symphony Health, sila lawati www.symphonyhealth.prahs.com.

PERIHAL CLOSE-UP INTERNATIONAL
Close-Up International ialah pencipta audit preskripsi perubatan yang pertama dalam pasaran farmaseutikal di dunia yang mula berkembang pada tahun 1968 ke semua negara Amerika Latin. Syarikat ini juga merupakan syarikat pertama yang melancarkan penyelesaian CRM automatik untuk promosi perubatan di rantau tersebut. Kini, Close-Up ialah peneraju pembekal data preskripsi dan jualan, analisis lanjutan dan penyelesaian teknologi bersepadu kepada syarikat farmaseutikal dan jagaan kesihatan pengguna di Amerika Latin. Close-Up International merupakan pembekal perkhidmatan unik di Latam yang mampu menyepadukan penyelesaian hujung ke hujung yang merangkumi Promosi, Pengedaran dan Jualan dalam Pasaran Runcit dan Bukan Runcit, memberikan butiran tentang Dinamik Pasaran, Pembayar, Terapi dan syarikat ini mengumpulkan dan menyepadukan semua maklumat jualan dan preskripsi dari semua negara di rantau tersebut melalui aplikasi teknologi yang canggih (Regional Analyzer). Syarikat ini memiliki pasukan profesional yang sangat mahir dan penyelesaian teknologi yang terunggul, dengan lebih 950 pelanggan aktif. Perkhidmatan Close-Up membantu pelanggan menilai peluang perniagaan menggunakan penyelesaian data dan teknologi bagi setiap fasa dalam kitar hayat produk: perancangan pelancaran, pemilihan sasaran perubatan, pengukuran keberkesanan promosi dan komersial, strategi dan pengurusan saluran pengedaran untuk pasaran farmaseutikal runcit dan bukan runcit. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Close-Up International, lawati www.close-upinternational.com

Sumber: PRA Health Sciences, Inc.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12458

No comments:

Post a Comment