Wednesday, August 7, 2019

TACONIC BIOSCIENCES MENGELUARKAN MODEL HAIWAN NASH SEDIA BELI YANG PERTAMA

Model Baharu Menjimatkan Masa Penyelidik semasa Mereka Menyelidik Penyakit Dahsyat

RENSSELAER, N.Y., 31 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Taconic Biosciences, peneraju utama dalam menyediakan penyelesaian model haiwan penemuan ubat, mengumumkan pelancaran model rodensia NASH dicetuskan diet (steatohepatitis tanpa alkohol) pertama yang tersedia secara komersial.

NASH ialah subjenis penyakit hati berlemak tanpa alkohol (NAFLD) yang berbahaya dan baru-baru ini semakin mendapat perhatian dalam komuniti bioperubatan kerana prevalens yang semakin meningkat dalam populasi.  The National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases menganggarkan antara 30 hingga 40 peratus orang dewasa di Amerika Syarikat menghidapi NAFLD dan kira-kira 3 hingga 12 peratus orang dewasa di Amerika Syarikat menghidapi NASH, yang boleh menyebabkan kegagalan hati atau kanser hati (https://www.niddk.nih.gov/health-information/liver-disease/nafld-nash/definition-facts).

Fokus yang meningkat telah diterjemahkan kepada permintaan yang meningkat untuk model haiwan NASH.  Dengan sesetengah model dicetuskan diet memerlukan sehingga 26 minggu untuk sedia bagi dikaji, kelengahan masa merupakan masalah yang serius untuk penemuan ubat.  Selain itu, ketiadaan produk komersial memaksa penyelidik untuk menggunakan ruang vivarium mereka yang berharga untuk menyediakan haiwan selama berbulan-bulan, mengambil tempat untuk projek yang penting lain.

“Sebelum produk ini, penyelidik kekurangan akses kepada mencit yang diprasediakan NASH, memperlahankan penyelidikan kritikal.  Ini memaksa penyelidik merancang kajian berbulan-bulan lebih awal dan memberikan fleksibiliti yang sedikit kerana sebatian baharu ditemui sepanjang kajian.” komen Dr. Michael Seiler, naib presiden portfolio model komersial Taconic.  “Membantu penyelidik menjimatkan berbulan-bulan merupakan contoh yang hebat cara Taconic berusaha secara berterusan untuk menyediakan penyelesaian model haiwan terbaik kepada pelanggan kita.”

Taconic mempunyai sejarah kukuh dalam menyediakan model haiwan untuk membantu penyelidikan sindrom metabolisme, termasuklah model obesiti dicetuskan diet yang pertama dan platform penyelesaian mikrobiom paling menyeluruh dalam industri.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang model NASH dan portfolio komersial lengkap Taconic Biosciences, sila hubungi syarikat di 1-888-TACONIC (888-822-6642) di AM, +45 70 23 04 05 di Eropah atau e-mel info@taconic.com.

Tentang Taconic Biosciences, Inc.

Taconic Biosciences ialah peneraju utama berlesen penuh dalam model dan perkhidmatan mencit yang tereka bentuk secara genetik. Ditubuhkan pada tahun 1952, Taconic menyediakan penyelesaian haiwan terbaik agar pelanggan boleh memperoleh, menjana secara tersuai, membiak, prasediakan, menguji dan mengagihkan model kajian yang bernilai di seluruh dunia. Pakar dalam model mencit dan tikus yang tereka bentuk secara genetik, mikrobiom, model tikus yang imun terhadap onkologi, dan reka bentuk model bersepadu dan perkhidmatan pembiakan, Taconic mengendalikan tiga makmal perkhidmatan dan enam kemudahan pembiakan di A.S. dan Eropah, mengekalkan hubungan pengedar di Asia dan mempunyai keupayaan penghantaran global untuk menyediakan model haiwan hampir di mana-mana di dunia.

Orang Hubungan Media:
Kelly Owen Grover
Pengarah Komunikasi Pemasaran
(518) 697-3824
kelly.grover@taconic.com

Sumber: Taconic Biosciences

No comments:

Post a Comment