Thursday, August 29, 2019

LANTIKAN SEMULA KETUA PENGARAH INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Datuk Prof. Dr. Azizan binti Baharuddin, telah dilantik semula oleh YAB Perdana Menteri sebagai Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) selama dua (2) tahun mulai 1 September 2019 sehingga 31 Ogos 2021.
 
Beliau telah memulakan perkhidmatannya di IKIM sebagai Timbalan Ketua Pengarah pada 1 November 2011 dan seterusnya dilantik menjadi Ketua Pengarah IKIM kelima pada 1 September 2015.
 
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (kepujian) dalam Biologi daripada University of Tasmania dan PhD daripada University Lancaster, UK dalam bidang Sejarah dan Falsafah Sains (Sains dan Agama). Beliau berpengalaman luas dalam bidang agama dan sains, dialog peradaban serta etika alam sekitar.
 
Beliau memulakan kerjayanya sebagai Pensyarah di Universiti Malaya pada 1979 dan menjadi Pengarah di Pusat Dialog Peradaban di Universiti Malaya pada 2000 sebelum dilantik menjadi Timbalan Ketua Pengarah IKIM.
 
IKIM mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas pelantikan semula ini dan berharap dengan pengalaman yang luas Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin, akan berusaha untuk mencapai visinya iaitu untuk menjadi institusi utama kefahaman Islam bertaraf antarabangsa.
 
Sumber: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat, IKIM
Tel: 03-6204 6329/ 03-6204 6330/ 03-6204 6331

Nama: Pn. Zarita Kasim
Tel: 017-366 1496

Nama: Pn. Suzanawati Sanil
Tel: 013- 2288 992

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment