Friday, August 2, 2019

LEGENDA SENI MEMPERTAHANKAN DIRI CHINA TEMPATAN MENARIK PERHATIAN PENGAMAL AFRIKA

TIANJIN, China, 2 Ogos, 2019 /Xinhua-AsiaNet--

Lapan belas pelajar dari enam buah negara Afrika termasuk Zambia, Sao Tome dan Principe, Liberia, Equatorial Guinea, Kenya dan Zimbabwe menjadi pelajar bagi kelas latihan seni mempertahankan diri terbaharu di Daerah Xiqing di Tianjin di utara China, yang juga dikenali sebagai kampung kelahiran legenda seni mempertahankan diri master Huo Yuanjia. Dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, kelas itu bermula di Sekolah Sivil dan Ketenteraan Tianjin Huo Yuanjia pada 24 Julai, demikian menurut jabatan publisiti dengan Daerah Xiqing, Tianjin.
 
Semasa pengajian tiga bulan di daerah itu, pelajar-pelajar Afrika ini akan mengikuti pengajaran mengenai budaya tradisional China selain latihan seni mempertahankan diri. Kursus termasuk kaligrafi China, lukisan rakyat Yangliuqing, melipat kertas dan memotong kertas, dan asas bahasa Cina akan membantu mereka memahami budaya China.
 
Sekolah Sivil dan Ketenteraan Tianjin Huo Yuanjia telah menyokong projek budaya Afrika kementerian itu dengan menghantar pasukan-pasukan seni mempertahankan diri yang terpilih ke Afrika Selatan, mengadakan pertukaran dan persembahan di negara-negara termasuk Tanzania, Namibia, Mauritius, Seychelles dan Zimbabwe. Kelas latihan seni mempertahankan diri bagi pelajar-pelajar Afrika itu, yang pertama kali dilancarkan pada tahun 2013, telah melatih hampir 200 orang pelajar seni mempertahankan diri asing dalam tempoh enam tahun. Projek itu, yang direka untuk menggalakkan jalinan persahabatan melalui seni mempertahankan diri, menyediakan satu platform bagi pelajar seni mempertahankan diri dari seluruh dunia untuk pertukaran dan penambahbaikan. Ia telah mewujudkan sebuah jambatan baharu bagi pertukaran kebudayaan di antara China dan Afrika serta memudahkan pertukaran kebudayaan merentas sempadan.
 
Sumber: Jabatan Publisiti dengan Daerah Xiqing, Tianjin
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=342127
 
--BERNAMA

No comments:

Post a Comment