Thursday, August 8, 2019

FUSIONEX MENGIKAT PERJANJIAN DENGAN GOOGLE CLOUD UNTUK MEMBANTU PKS DALAM PERJALANAN TRANSFORMASI DIGITAL MEREKA

SINGAPURA, 8 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Fusionex, penyedia penyelesaian perisian terkemuka yang telah memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam teknologi Analisis Data Besar (BDA), Kecerdasan Buatan (AI), dan Revolusi Perindustrian (IR) 4.0 mengumumkan bahawa ia sedang membina penawaran produk dan perkhidmatan mereka pada teknologi Platform Google Cloud bagi membantu perusahaan kecil sederhana (PKS) merentasi Asia Pasifik di dalam perjalanan transformasi digital mereka.

Fusionex telah membina suite penyelesaian “BDA Gergasi” mereka yang disesuaikan secara khusus untuk PKS pada Platform Google Cloud (GCP). GCP membolehkan pelanggan untuk membina, menguji dan menggunakan aplikasi pada infrastruktur yang sangat berskala dan boleh dipercayai dengan penawaran yang meliputi penyimpanan, rangkaian, data, analisis, pembangunan aplikasi dan peranti mesin pembelajaran dan API.

Sebagai sebuah Rakan Perkhidmatan Google Cloud, Fusionex juga menawarkan program latihan dan perkhidmatan perundingan untuk PKS, sekaligus membolehkan mereka untuk membina kecekapan mereka di sekitar Platform Google Cloud (GCP) bagi memajukan perniagaan mereka.

“Kerjasama ini akan menyaksikan pelaburan bersama dari kedua-dua buah syarikat, bagi memperkasakan PKS untuk mengambil inisiatif BDA, AI, dan IR4.0,” kata Pengarah Urusan Fusionex bagi Teknologi Baharu, Jacob Isaac. “Nama Google menjadi sebutan ramai dan penawaran mereka memberikan keyakinan kepada kalangan perniagaan, tanpa mengira bentuk atau saiznya. Penyelesaian Fusionex seterusnya boleh memberi kuasa kepada PKS dengan automasi AI yang akan membolehkan mereka untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos operasi.”

“Fusionex membawa banyak pengalaman yang membantu pelanggan membuat keputusan perniagaan yang didorong oleh data – daripada menyediakan perisian analitik dan peralatan khusus, kepada menyediakan latihan peribadi, dan kami amat berbangga untuk menjalin kerjasama dengan mereka bagi memberikan nilai yang mendalam kepada pelanggan merentasi pelbagai teknologi dan cabaran perniagaan,” kata Ash Willis, Ketua bagi Perkongsian dan Perikatan untuk Google Cloud di Asia Pasifik.

Satu laporan McKinsey menyatakan bahawa penerapan pengkomputeran awan membantu menyeragam dan mengautomasikan tugas yang dapat mengurangkan kos overhed IT sebanyak 30% hingga 40%. Laporan itu menyatakan bahawa “pengkomputeran awan boleh membantu menskalakan proses IT ke atas dan ke bawah sebagaimana yang diperlukan, seterusnya mengoptimumkan penggunaan aset IT. Ia boleh meningkatkan fleksibiliti keseluruhan bagi IT dalam memenuhi keperluan perniagaan seperti pengeluaran lebih kerap bagi ciri-ciri perniagaan. Penyedia perkhidmatan awan semakin menawarkan penyelesaian yang lebih canggih berbanding pengkomputeran dan penyimpanan asas, seperti perkhidmatan data besar dan mesin pembelajaran.”

Suite penyelesaian Fusionex – yang dibina di atas platform BDA Gergasi mereka – membolehkan perniagaan untuk mengambil kesempatan daripada trend data organisasi dan pasaran tanpa perlu bimbang tentang kerumitan teknikal bagi pengekodan atau teknologi dasar. Penyelesaian AI dan IR 4.0 Fusionex menggunakan teknologi kognitif generasi akan datang dan menawarkan fungsi canggih termasuk visi komputer, realiti terimbuh, robotik, dan pengurusan dron, yang melengkapi bakat manusia bagi meningkatkan ketepatan membuat keputusan.

Maklumat mengenai Fusionex

Fusionex adalah sebuah penyedia teknologi data yang telah mantap yang memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam Analisis, Data Besar, IR 4.0, Mesin Pembelajaran dan Kecerdasan Buatan. Penawaran mereka adalah tertumpu kepada membantu pelanggan membuka nilai dan memperolehi wawasan daripada data. Dipaparkan di Forbes, Bloomberg, Gartner, IDC, Forrester, Edison dan Huffington Post, Fusionex adalah syarikat Analisis Data Besar yang terbesar dan pemimpin pasaran di ASEAN, dengan membawa platform paling canggih, berinovatif dan dipacu oleh kejayaan data kepada pelanggan mereka (termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, syarikat FTSE, konglomerat besar dan juga pelbagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS)) yang merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Pasifik. Fusionex juga adalah merupakan sebuah syarikat MDEC Rangkaian Pencepatan dan Inovasi Global (GAIN) serta sebuah penerima anugerah MSC R&D MGS.

Laporan 2018 Gartner mengenai Analisis Moden dan Kecerdasan Perniagaan menyenarai pendek dan memuji platform teknologi data Fusionex. Di samping itu, Fusionex telah dikenal pasti sebagai sebuah Pemain Utama di dalam Laporan MarketScape IDC untuk Data Besar & Analisis. Fusionex adalah satu-satunya syarikat yang berpangkalan di ASEAN yang dipaparkan di dalam kedua-dua laporan tersebut, sekali gus mengesahkan kelayakan mereka di dalam pasaran teknologi data untuk rantau ini. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fusionex, sila layari www.fusionex-international.com

Maklumat mengenai Google Cloud

Google Cloud diiktiraf secara meluas sebagai sebuah peneraju dunia di dalam menyampaikan sebuah platform awan perusahaan yang selamat, terbuka dan pintar. Kami memberi tumpuan kepada membina penyelesaian di dalam lima kategori utama - Pemodenan Infrastruktur, Pengurusan Data, Analisis Perniagaan Pintar, AI dan Mesin Pembelajaran, dan Kerjasama - dan sedang menumpukan usaha kami dalam ~15 pasaran global. Hari ini, pelanggan di lebih daripada 150 buah negara mempercayai Google Cloud untuk memodenkan persekitaran pengkomputeran mereka bagi dunia digital hari ini. Kami membantu ribuan organisasi, termasuk banyak syarikat terbesar di dunia, untuk mengubah perniagaan mereka.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190807005321/en/

Hubungi

Media: 
Angie Lim 
angie@adv-fusionex.com

Sumber : Fusionex

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment