Friday, August 9, 2019

DORMY INN ASAKUSA MEMASTIKAN SEMUA HIDANGAN MAKANAN MEMATUHI PERATURAN PEMAKANAN HALAL UNTUK MENGALU-ALUKAN TETAMU MUSLIM

TOKYO, 9 Ogos, 2019 /Kyodo JBN- AsiaNet --
 
- Hotel Perniagaan Jepun Pertama yang Mendapat Pensijilan Halal 3-bintang -

“dormy inn global cabin Asakusa,” sebuah hotel perniagaan yang dikendalikan oleh Kyoritsu Maintenance Co., Ltd., telah menerima pensijilan halal di dalam kategori kedai makan dari Yayasan Halal Jepun, untuk memastikan bahawa semua hidangan yang disajikan mereka mematuhi peraturan pemakanan halal Islam sejak 13 Julai, 2019.

Hotel itu telah menerima pensijilan halal tiga bintang, yang bermaksud “halal sepenuhnya” dan adalah yang paling tinggi di antara tiga tahap bagi pensijilan, untuk menjadi hotel perniagaan pertama di Jepun untuk menerima pensijilan sedemikian (*1).
 
(*1) Berdasarkan kepada tinjauan oleh Yayasan Halal Jepun
 
(Foto: https://kyodonewsprwire.jp/release/201908069478?p=images)
 
Laman web rasmi dormy inn global cabin Asakusa:
https://www.hotespa.net/hotels/asakusa/
 
Maklumat mengenai menu halal

Kyoritsu Maintenance dengan teliti mempertimbangkan permintaan tetamu, pemilihan bahan dan bagaimana untuk mendapatkan pembekal bagi bahan itu dan melatih kakitangan dalam memperkenalkan menu halal itu. Memandangkan Kyoritsu Maintenance menganggap pemakanan halal tidak sebagai hidangan khas tetapi yang boleh dinikmati oleh semua tetamu, syarikat itu yakin bahawa menu yang diperbaharui itu dapat memuaskan hati bukan hanya tetamu dari luar negara termasuk Muslim tetapi juga tetamu rakyat Jepun.

Kyoritsu Maintenance telah mengubah suai mi “Yonakisoba”, yang menikmati populariti yang  tinggi di kalangan pelanggan dormy inn dari luar negara sebagai makanan ringan lewat malam, untuk mematuhi peraturan halal (*2). Dengan berbuat demikian, ia telah memilih bahan-bahan itu dengan teliti untuk mengekalkan rasa asal bagi makanan itu. Syarikat itu telah mula menyajikan mi “Yonakisoba” yang telah diubah suai itu untuk makanan ringan lewat malam dan sukiyaki daging lembu dan stew krim untuk sarapan pagi. Kyoritsu Maintenance juga sedang mempertimbangkan untuk memperluaskan menu mereka.

(*2) Mi “Yonakisoba” yang mematuhi peraturan pemakanan halal dihidangkan hanya di kemudahan tertentu ini (bermula dari 30 Julai).
 
Pengubahsuaian hotel
Sebuah bilik untuk solat telah disediakan di tingkat 10 bagi membantu tetamu Muslim tinggal selesa di Jepun bukan sahaja dari segi makanan tetapi juga melibatkan aspek lain.
 
Syarat-syarat untuk pensijilan halal tiga bintang (kategori kedai makan):
- Semua makanan yang disajikan harus memenuhi peraturan pemakanan halal;
- Menggunakan daging babi dan bahan ramuan yang diperolehi daripada daging babi atau menghidangkan makanan yang mengandungi bahan-bahan ini adalah dilarang sama sekali; dan
- Minuman beralkohol tidak boleh dihidangkan.
 
*Untuk butiran, sila layari laman web rasmi Yayasan Halal Jepun:
http://japanhalal.or.jp/
http://japanhalal.or.jp/certifcation
 
Gambaran keseluruhan mengenai kemudahan & pertanyaan tentang tempahan:
Nama: dormy inn global cabin Asakusa
Alamat: 1-3-4, Hanakawado, Taito-ku, Tokyo
Kod kawasan pos: 111-0033
Laman web rasmi: https://www.hotespa.net/hotels/asakusa/
 
Untuk maklumat terperinci mengenai siaran berita ini, sila layari URL berikut:
https://www.kyoritsugroup.co.jp/news/pdf/190808halal_eng.pdf
 
SUMBER: Kyoritsu Maintenance Co., Ltd. 

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment