Thursday, August 1, 2019

PAMERAN MAKANAN TAIWAN SATU BANDAR SATU PRODUK AKAN DIMULAKAN DI MALAYSIA




Pameran makanan Taiwan Satu Bandar Satu Produk (OTOP) akan berlangsung dari 6 hingga 12 Ogos di Sunway Velocity Mall, Cheras di Kuala Lumpur. (Foto: Business Wire)


TAIPEI, Taiwan, 1 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pameran makanan Taiwan Satu Bandar Satu Produk (OTOP), yang menampilkan produk-produk yang unik di kesemua 368 perbandaran dan bandar raya di seluruh Taiwan, akan diadakan sekali lagi di Kuala Lumpur, Malaysia dan acara tahun ini akan berlangsung dari 6 hingga 12 Ogos di Sunway Velocity Mall di Cheras.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190731006136/en/

Acara itu, yang berbetulan dengan Festival Qixi, yang juga dikenali sebagai Hari Valentine China, akan menampilkan barangan makanan dan produk isi rumah terkini yang dibawa oleh beberapa pengeluar Taiwan.

Program itu, yang dirancang untuk mempromosikan sejarah, budaya dan pencapaian industri Taiwan, bertujuan untuk meningkatkan ketampakan dan daya saing produk di seluruh dunia. OTOP telah berjaya membantu produk-produk buatan Taiwan menembusi pasaran di Hong Kong, Singapura dan Amerika Syarikat.

Pada tahun 2018, syarikat makanan yang berpangkalan di Malaysia, Jimrosa Sdn Bhd telah memperkenalkan OTOP ke Malaysia dengan membuka kedai OTOP yang pertama di Sunway Velocity.

Pameran makanan OTOP pada tahun ini yang bertemakan “Takdir Saya dengan Taiwan” akan mengadakan satu siri aktiviti yang menarik seperti pembuatan agar-agar osmanthus dan akan mempamerkan produk-produk buatan Taiwan seperti penutup muka tanah liat, tuala kecantikan mikron, penggoda kucing, pembesar suara mudah alih untuk telefon bimbit, cermin mata terkutub bersama-sama dengan kraftangan buatan tangan yang berbentuk burung hantu.

Pengunjung akan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik termasuk hadiah utama tiket perjalanan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Taipei semasa acara tujuh hari itu.

Sementara itu, tujuh pempamer dari Taiwan akan memperkenalkan produk terkemuka mereka seperti sirap osmanthus dan penutup muka tanah liat dari Taiwan Hand Gift, mi goreng segera Q dari Little Couples, biskut manis Hwa Jen, snek diperbuat daripada  cendawan dari San Yan Food, keropok dan bubur berperisa cendawan dari Luyao Ecology Mushrooms, tuala kecantikan mikron dari 3Q MAGI, keropok berperisa telur asin dari Mincher, halwa ikan dari Wei-i dan Mom’s Kitchen, telur asin dari Fu Ji serta keropok rumpai laut dari Jia Tien.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.facebook.com/OTOPMY/ atau hubungi penganjur Jimrosa di talian: 03-8940 8330.

Maklumat mengenai Taiwan OTOP

OTOP (Satu Bandar Satu Produk) itu, satu inisiatif di seluruh dunia telah dilancarkan pada tahun 1989 oleh Pentadbiran Perusahaan Kecil dan Sederhana di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Taiwan sebagai satu platform untuk mempromosikan produk-produk yang unik di kesemua 368 perbandaran, bandar raya, dan daerah perbandaran di seluruh Taiwan dengan memperkenalkan kepakaran, sejarah dan budaya mereka.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190731006136/en/

Hubungi

Cik Tio Sze Yuen +603-8023 7798
E-mel: yuen@bizfinmag.com

Sumber : Taiwan OTOP

No comments:

Post a Comment