Thursday, August 1, 2019

​MARY KAY INC. DINAMAKAN ANTARA MAJIKAN GLOBAL YANG PALING BEREPUTASI BAIK DALAM KAJIAN TEMPAT KERJA 2019 OLEH REPUTATION INSTITUTE

Mary Kay menduduki tempat ke-42 dalam senarai majikan kerana dedikasi mereka untuk membina satu budaya tempat kerja yang memupuk penyertaan dan menunjukkan keprihatinan mereka terhadap kesihatan dan kesejahteraan pekerja mereka

DALLAS, 31 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc. sangat berbangga kerana diiktiraf di dalam Kajian 100 Tempat Kerja Global 2019 oleh Reputation Institute (Ri) sebagai satu daripada majikan yang paling bereputasi baik di dunia. Mary Kay menduduki tempat ke-42 di kalangan 100 syarikat global utama dalam senarai itu.

“Reputasi kami di kalangan pekerja dan pelanggan adalah didasarkan pada asas yang diwujudkan oleh Mary Kay Ash ketika beliau memulakan syarikat impian beliau pada tahun 1963,” kata Melinda Foster Sellers, Ketua Pegawai Awam di Mary Kay Inc. “Beliau telah membayangkan sebuah syarikat yang diasaskan kepada Peraturan Keemasan yang menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik melalui tanggungjawab korporat, inovasi, amalan perniagaan beretika dan pengurusan bahawa semua orang penting — semua faktor yang menyumbang kepada kejayaan kami di dalam kajian Reputation Institute pada tahun ini. Kami berbesar hati kerana dinamakan di antara majikan yang paling bereputasi baik dari seluruh dunia pada tahun 2019.”

Dalam kajian itu, penyelidik di Reputation Institute — sebuah pembekal terkemuka bagi pengukuran reputasi dan perkhidmatan pengurusan — meninjau kepada lebih daripada 230,000 individu di 15 buah negara. Reputation Institute mengukur syarikat-syarikat berdasarkan kepada perkembangan profesional, jumlah ganjaran, persekitaran kerja, kepimpinan pasaran, produk dan tanggungjawab.

Menurut penyelidikan itu, sepanjang tahun lepas, kesediaan bekerja untuk Mary Kay telah meningkat sebanyak 6.2 peratus, peningkatan paling besar di kalangan semua syarikat yang diukur di dalam kajian Global RepTrak® 100. Mary Kay mengatasi jenama kuasa global yang lain di dalam pelbagai industri merentasi seluruh dunia.

“Mary Kay adalah sebuah bintang yang semakin meningkat naik dalam kajian reputasi —menunjukkan peningkatan terbesar dalam ‘ketersediaan untuk bekerja bagi’ kategori semua syarikat yang diukur,” kata Stephen Hahn-Griffiths, Ketua Pegawai Reputasi di Ri. “Syarikat-syarikat seperti Mary Kay sedang meraih faedah dalam membina budaya tempat kerja yang memupuk penyertaan dan pada masa yang sama menunjukkan keprihatinan terhadap kesihatan dan kesejahteraan pekerja mereka.”

Ini adalah yang terbaharu dalam siri anugerah yang diterima oleh Mary Kay yang menonjolkan kedudukan mereka sebagai sebuah majikan pilihan di peringkat global. Anugerah lain yang diterima baru-baru ini termasuk:

• 10 Ketua Pegawai Eksekutif Global Utama: Reputation Institute menamakan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif David Holl di antara 10 ketua eksekutif paling terkemuka di dunia berdasarkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif RepTrak® 2019 mereka.
• Majikan Bersaiz Sederhana Terbaik 2019: Diiktiraf oleh Forbes sebagai satu daripada Majikan Bersaiz Sederhana Terbaik Amerika Syarikat 2019. Mary Kay menduduki tempat ke-97 daripada 500 syarikat di dalam senarai itu.
• Majikan Terbaik untuk Kepelbagaian 2019: Diiktiraf oleh Forbes sebagai satu daripada Majikan Terbaik untuk Kepelbagaian di Amerika Syarikat 2019. Mary Kay menduduki tempat ke-150 daripada 500 syarikat di dalam senarai itu.
• Kecemerlangan Global di Tempat Kerja: Mary Kay Sepanyol dan Mary Kay Poland memperoleh Anugerah Majikan Terbaik AON 2018, yang mengiktiraf organisasi yang menunjukkan kecemerlangan di tempat kerja. Mary Kay China dan Mary Kay Mexico mendapat penghormatan pada tahun 2017.
• Majikan Mesra Keluarga 2018: Mary Kay Hong Kong diiktiraf oleh Biro Hal Ehwal Dalam Negeri sebagai sebuah majikan mesra keluarga yang utama.
• 10 Majikan Utama Pengurusan Kesihatan Perusahaan China 2018: China International Intellectech Corporation memberi pengiktirafan kepada Mary Kay China.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah asal glass ceiling atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash mengasaskan syarikat kecantikan beliau lebih 55 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: menawarkan peluang yang berbaloi untuk wanita, mengeluarkan produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan bebas di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi kepada penyelidikan sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit yang canggih, kosmetik warna, kewangian dan pemakanan tambahan. Melalui Mary Kay FoundationSM, syarikat itu telah menyalurkan lebih daripada $78 juta untuk penyelidikan kanser dan tempat perlindungan keganasan rumah tangga. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar—  selangkah demi selangkah.

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc. 
marykay.com/newsroom
972.687.5332 or media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12391

No comments:

Post a Comment