Thursday, August 29, 2019

THE MARY KAY FOUNDATION(SM) DAN UT SOUTHWESTERN BERGABUNG UNTUK MENAMATKAN KANSER YANG MEMPUNYAI KESAN YANG HEBAT TERHADAP WANITA DI SELURUH DUNIA

The Mary Kay FoundationSM mempunyai satu perkongsian jangka panjang dengan UT Southwestern melalui satu kerjasama yang mantap dengan Dr. Jerry W. Shay, profesor biologi sel di UT Southwestern dan Profesor Terbilang kehormat di The Mary Kay FoundationSM. (Foto: Mary Kay Inc.)


Perkongsian jangka panjang itu akan memperkenalkan satu program fellowship antarabangsa yang baharu yang menawarkan kepada saintis di seluruh dunia dengan peluang untuk menjalankan penyelidikan kanser yang berinovatif

DALLAS, 29 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- The Mary Kay FoundationSM, sebuah peneraju sejak beberapa dekad yang lalu yang bertanggungjawab untuk menghapuskan kanser yang memberi kesan kepada wanita, baru-baru ini mengumumkan sebuah geran bernilai $500,000 untuk membiayai sebuah program fellowship global yang berinovatif dengan rakan mereka sejak sekian lama UT Southwestern Medical Centre. Fellowship baharu selama satu tahun itu akan menawarkan sehingga lima penyelidik pasca kedoktoran antarabangsa dengan peluang untuk melakukan penyelidikan kanser yang canggih di kemudahan UT Southwestern yang terkenal di dunia di Dallas, dan membolehkan mereka untuk meneruskan aktiviti penyelidikan di negara asal mereka. Program geran baharu ini menyokong komitmen The Mary Kay Foundation yang berterusan untuk menamatkan kanser yang berkaitan dengan wanita di seluruh dunia dan menandakan buat kali pertama bahawa program geran penyelidikan kanser Yayasan itu telah berkembang ke peringkat global.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190828005139/en/

“Mary Kay Ash, pengasas kami, melihat secara langsung kesan yang dibawa oleh kanser terhadap perunding kecantikan bebas kami, keluarga mereka, dan wanita di seluruh dunia,” kata Ryan Rogers, ahli lembaga The Mary Kay FoundationSM dan cucu lelaki kepada Mary Kay Ash. “Ia menjadi satu misi bagi Mary Kay Ash untuk menghapuskan kanser yang menjejaskan kaum wanita. Perkongsian kami yang diperluaskan dengan UT Southwestern akan membolehkan kami untuk meneruskan usaha menyelamatkan nyawa pada skala global.”

The Mary Kay FoundationSM mempunyai satu perkongsian jangka panjang dengan UT Southwestern melalui satu kerjasama yang mantap dengan Dr. Jerry W. Shay, profesor biologi sel di UT Southwestern dan Profesor Terbilang kehormat di The Mary Kay FoundationSM. Dr Shay telah berkhidmat sebagai pengerusi bagi jawatankuasa kajian semula saintifik bagi Program Geran Penyelidikan Kanser Inovatif/Translasi The Mary Kay Foundation di Amerika Syarikat selama 22 tahun yang lalu dan kini akan berkhidmat sebagai penyiasat utama ke atas program fellowship antarabangsa yang baharu itu.

“Memperluaskan program itu di peringkat antarabangsa akan membolehkan kami untuk memberi tumpuan kepada kanser yang paling banyak menjejaskan wanita,” kata Dr. Shay. “Kami merancang untuk mengenal pasti satu kumpulan calon pasca kedoktoran yang berdedikasi dari seluruh dunia, menjemput mereka ke Dallas, dan melengkapkan mereka dengan semua alat dan sumber yang mereka perlukan untuk meneruskan penyelidikan berinovatif mereka di makmal kanser kami yang serba canggih. Kerja mereka boleh memberikan impak besar kepada bagaimana kita memahami dan merawat kanser di seluruh dunia.”

Sejak penubuhannya pada tahun 1996, The Mary Kay FoundationSM  telah menyokong usaha dedikasi Mary Kay Ash untuk memperjuangkan bagi pihak wanita dan visi beliau dalam mewujudkan sebuah dunia yang bebas daripada kanser. Sehingga kini, The Mary Kay FoundationSM  telah menganugerahkan hampir $23 juta untuk menyokong usaha oleh 225 penyelidik kanser utama yang berkaitan dengan wanita di seluruh Amerika Syarikat, dengan membiayai usaha untuk mencari penyembuh bagi kanser payudara, uterus, kanser serviks dan ovari.

“Memerangi kanser adalah bersifat peribadi buat Mary Kay Ash,” kata Dr. Gildea, Ketua Pegawai Saintifik di Mary Kay Inc. “Dan ia juga bersifat peribadi untuk kami. Beliau sudah pasti akan merasa bangga bahawa kami meneruskan legasi beliau dalam membantu kaum wanita pada skala yang lebih besar.”

Maklumat mengenai The Mary Kay Foundation℠

Dibimbing oleh impian Mary Kay Ash untuk memperkayakan kehidupan wanita di serata dunia, The Mary Kay FoundationSM  mengumpul dan mengedarkan dana untuk melabur di dalam penyelidikan kanser bagi mencari satu penawar untuk kanser yang berkaitan dengan wanita, dan menamatkan keganasan rumah tangga terhadap wanita. Sejak tahun 1996, The Mary Kay FoundationSM  telah menyumbang lebih daripada $78 juta kepada organisasi yang sejajar dengan dua misi mereka. Di samping itu, Yayasan itu menyokong inisiatif kesedaran, program jangkauan masyarakat, dan menyokong undang-undang untuk memastikan wanita sihat dan selamat. Bersama-sama, kita boleh menjadikan dunia ini lebih baik buat kaum wanita. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara bagaimana mendidik, menyokong, menjadi sukarelawan dan menderma, dan menyertai kerja menyelamat nyawa untuk menyokong dan memperkasakan wanita, sila layari marykayfoundation.org, cari kami di Facebook dan Instagram atau ikuti kami di Twitter.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190828005139/en/

Hubungi

The Mary Kay Foundation
marykay.com/ bilik berita
972.687.5332 or media@mkcorp.com

Sumber : The Mary Kay Foundation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA

No comments:

Post a Comment