Friday, August 16, 2019

BERKSHIRE HATHAWAY SPECIALTY INSURANCE MENINGKATKAN INSURANS LIABILITI PERTAMA EKSEKUTIF D&O DI ASIA

BOSTON & HONG KONG & SINGAPURA, 13 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat Berkshire Hathaway Specialty Insurance (BHSI) hari ini mengumumkan bahawa ia telah mempertingkatkan Insurans Liabiliti Pertama Eksekutif Asia Pengarah & Pegawai (D&O) untuk memasukkan satu peruntukan utama pasaran yang mengembalikan semula had polisi yang dibebankan oleh entiti atau oleh individu yang dilindungi.

“Penyiasatan kawal selia korporat telah menjadi lebih disasarkan dan agresif. Ketika agensi-agensi penguatkuasaan mempertajamkan tumpuan mereka, kita boleh menjangkakan untuk melihat penyiasatan yang lebih mendalam dan lebih mahal, yang sering kali melibatkan pelbagai individu,” kata Patrick Ko, Ketua bagi Barisan Eksekutif & Profesional, BHSI, Hong Kong. “Pengembalian semula secara automatik kami terhadap peruntukan had memberi keyakinan kepada pengambil insurans bahawa liputan akan ada ketika mereka memerlukannya.”

Polisi Liabiliti Pertama Eksekutif Asia D&O BHSI, yang memberikan liputan yang jelas dan ungkapan yang mudah untuk organisasi komersil besar dan pengarah dan pegawai mereka, kini termasuk satu peruntukan pengembalian semula secara automatik yang mengguna pakai secara menyeluruh kepada semua klausa insurans pada polisi itu, menambahkan had yang telah habis dengan pembayaran kerugian Bahagian A (ganti rugi D&O), Bahagian B (pembayaran balik syarikat) atau Bahagian C (tuntutan sekuriti entiti) untuk tuntutan masa hadapan.

“Di Asia, terdapat satu tumpuan yang memuncak untuk memastikan bahawa pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai bertanggungjawab secara peribadi terhadap tindakan mereka. Ini mendorong syarikat dan ahli lembaga untuk menyemak liputan dan pembawa D&O mereka dengan lebih teliti,” kata Emily Poh, Ketua bagi Barisan Eksekutif & Profesional, BHSI, Singapura. “Pengambil insurans kami boleh merasa yakin bahawa, bersama dengan liputan yang meluas, mereka mempunyai sebuah syarikat insurans D&O yang mempunyai komitmen jangka panjang dan kekuatan kewangan yang tidak ada tandingannya untuk melindungi bukan sahaja perbadanan, tetapi aset peribadi mereka juga.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12441

No comments:

Post a Comment