Tuesday, August 27, 2019

GOLONGAN MISKIN DISANTUNI MENERUSI PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL LHDNM

KELANTAN, 26 Ogos (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) meneruskan usaha menyantuni masyarakat melalui Program Tanggungjawab Sosial anjuran Pejabat Pengarah Negeri Terengganu/Kelantan (PPNTK) dan Cawangan Kota Bharu (CKB). LHDNM menunjukkan rasa keprihatinannya terhadap keluarga Puan Siti Hamidah Abdul Aziz yang kisahnya pernah di siarkan dalam media massa beberapa hari yang lepas.

Program yang dihadiri oleh Encik Kamaruddin Hashim, Pengarah Negeri PPNTK ini diadakan bagi membantu insan-insan yang memerlukan dan bertujuan untuk menyebarkan mesej kasih sayang dalam kalangan warga kerja LHDNM terhadap masyarakat setempat.

Majlis tersebut menyaksikan penyerahan sumbangan barangan dapur dan wang tunai kepada keluarga Puan Siti Hamidah. Sumbangan ikhlas ini adalah daripada seluruh warga kerja LHDNM di bawah seliaan PPNTK iaitu Cawangan Kuala Terengganu dan Cawangan Kota Bharu.

Program ini turut dihadiri oleh Encik Shaufee Salleh (Pengarah Cawangan Kota Bharu), Encik Wan Roslan Wan Ismail, (Pengarah Cawangan Kuala Terengganu) dan pegawai-pegawai LHDNM.

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12479

No comments:

Post a Comment