Thursday, August 8, 2019

PAGANI AUTOMOBILI PERKENALKAN HUAYRA ROADSTER BC DALAM CSR RACING 2 ZYNGA

Ini Merupakan Kali Pertama sebuah Pengeluar Kereta Mempamerkan sebuah Kereta dalam satu Permainan Mudah Alih 

SAN FRANCISCO, 1 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif, memperkenalkan kereta hiper baharu Pagani Automobiliyang mengagumkan, Huayra Roadster BC, di dalam permainan perlumbaan seret mudah alih yang paling popular di dunia, CSR Racing 2 (CSR2). Ini merupakan kali pertama sebuah pengeluar kereta mempamerkan sebuah kereta pereka sebenar dalam satu permainan mudah alih sebelum mendedahkannya kepada orang ramai. Huayra Roadster BC itu akan dipaparkan dalam satu tangga perlumbaan 80 khas dengan sebuah papan mata serangan masa terbuka pada garis penghujungnya.

Pagani Huayra Roadster BC adalah sebuah kereta hiper yang merangkumi pembangunan teknikal dan kejuruteraan yang paling maju oleh Pagani yang digabungkan dengan penyelidikan yang paling unggul untuk gaya dan keanggunan. Zynga dengan teliti telah membina semula kereta itu di CSR2, sama seperti kereta sebenar yang dibuat dengan tangan bagi pelanggan Pagani.

CSR2 memberikan kepada pemain dengan peluang untuk memandu kereta-kereta yang jarang ditemui dan sangat cantik yang kebanyakan kita hanya boleh mengalaminya dalam mimpi kita,” kata Jullian Widdows, Naib Presiden bagi CSR2. “Melihat Pagani Huayra Roadster BC yang lancar dan anggun di jalan raya di CSR2adalah satu kejayaan penyatuan antara sains dan seni. Kami sangat berbangga kerana merupakan rakan yang dipilih oleh Pagani Automobili untuk mendedahkan Huayra Roadster BC itu kepada orang ramai.”

“Apabila Horacio Pagani mula-mula merancang mereka cipta kereta 44 tahun lalu, adalah agak mustahil untuk membayangkan bahawa sebuah kereta seperti Huayra Roadster BC akan didedahkan kepada dunia dalam satu permainan mudah alih,” kata Michael Staskin, Pengarah Urusan bagi Pagani Automobili Amerika. “Kami memilih untuk bergabung dengan CSR2 bagi mendedahkan Huayra Roadster BC itu kerana kami berdua merupakan pemimpin di dalam industri kami masing-masing, kami berdua menunjukkan penelitian yang luar biasa terhadap reka bentuk dan perincian dan kami berdua terus membuat inovasi di dalam apa yang dianggap normal di dalam industri automotif.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12402

No comments:

Post a Comment