Wednesday, August 7, 2019

SME Bank guna perisian kewangan OneSumX daripada Wolters Kluwer

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd (SME Bank) kini dapat melaksanakan sepenuhnya Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia 9 (MFRS 9) menerusi penggunaan perisian baharu.

Bank tersebut berjaya menggunakan OneSumX sebagai perisian Kewangan, penyelesaian komprehensif dan modular daripada perniagaan Risiko Kewangan & Laporan (FRR) Wolters Kluwer.

Penyelesaian itu menawarkan rangka kerja kukuh bagi mendapatkan dan menyimpan semua maklumat kontraktual berkaitan, menguruskan acara dan urus niaga, Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa dan pengiraan MFRS, perakaunan generasi dan memproses sehingga menghantar pendedahan itu.

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan SME Bank, Haizad Rizal Aziz berkata bank tersebut memerlukan vendor yang mampu menyediakan penyelesaian terbaik dan pelaksanaan sistem, sepantas yang boleh.

“Penyelesaian ini khususnya menawarkan ketelusan dan kebolehkesanan sepenuhnya yang memenuhi keperluan audit dalaman dan luaran. Pelaksanaan tersebut terbukti menjadi proses yang lancar dan kami berhasrat untuk terus bekerjasama dengan pakar Wolters Kluwer.”

SME Bank, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan mempunyai mandat untuk mendidik dan membangunkan sektor perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia.

FRR Wolters Kluwer merupakan peneraju pasaran global dalam penyediaan penyelesaian pematuhan kawal selia bersepadu dan penyelesaian pelaporan.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment