Wednesday, February 27, 2019

KEMPEN DERMA DARAH 2019 ANJURAN KELAB AMBANK GROUP DI JOHOR




JOHOR BAHRU, 27 Feb (Bernama) -- Kelab AmBank Group (KAG) dengan kerjasama Pusat Darah Negara telah menganjurkan Kempen Derma Darah di Capital City Entertainment Mall Tampoi, Johor.

“Ini merupakan kempen derma darah yang pertama bagi tahun 2019, dalam usaha Kumpulan AmBank terus memainkan peranannya sebagai organisasi korporat yang prihatin, dengan membantu meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya menderma darah. Kami berhasrat untuk menggalakkan lebih ramai untuk tampil sebagai penderma darah dalam membantu Pusat Darah di Johor,” kata Syed Anuar Syed Ali, Presiden, Kelab AmBank Group merangkap Naib Presiden Eksekutif, Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan, Kumpulan AmBank.

Cenderahati penghargaan juga diberikan kepada setiap penderma. Syed Anuar bersama ahli-ahli jawatankuasa KAG turut hadir untuk menggalakkan penderma semasa kempen derma darah dijalankan. Seramai lebih kurang 100 penderma hadir bagi menderma darah di kempen derma darah anjuran KAG yang berlangsung dari 10 pagi hingga 4 petang.

Kumpulan AmBank terus memainkan peranannya melalui program tanggungjawab social korporat untuk masyarakat secara keseluruhan, tanpa mengira kaum, kepercayaan atau agama kerana kami menyumbang kepada pembangunan komuniti yang mampan di mana kami beroperasi. Pendekatan ini telah dan akan terus menjadi teras dalam pendekatan kami kepada program penjagaan masyarakat. Projek-projek seperti ini membantu memenuhi matlamat kami untuk memainkan peranan korporat yang berkesan sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, secara amnya.
  

SUMBER : ​AmBank Group

No comments:

Post a Comment