BRENTWOOD BAY, British Columbia, 22 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dalam meraikan Tahun Bahasa Pribumi Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 2019, First Peoples’ Cultural Foundation (FPCF) dan First Peoples’ Cultural Council (FPCC), dengan kerjasama Suruhanjaya Kanada untuk UNESCO, akan menganjurkan satu persidangan antarabangsa yang utama mengenai pencergasan semula bahasa pribumi di British Columbia pada musim panas ini.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
http://www.businesswire.com/news/home/20190221005758/en
APA: | HELISET TŦE SḰÁL – ‘Let the Languages Live’ – Persidangan Antarabangsa 2019 mengenai Bahasa Pribumi akan menyatukan pemimpin dan pakar bahasa pribumi, penceramah, pelajar dan penyokong dari seluruh pelusuk dunia untuk meraikan, menghormati dan berkongsi kepakaran di dalam reklamasi Bahasa Pribumi, pencergasan semula dan penyelenggaraan dan untuk belajar mengenai projek-projek bahasa yang berjaya di British Columbia. Matlamat persidangan itu adalah untuk menyediakan peserta dengan kemahiran dan pengetahuan praktikal bagi menyokong kerja-kerja pencergasan semula bahasa Pribumi yang mereka mulakan dalam komuniti dan organisasi mereka. | |
BILA: | 24 hingga 26 Jun, 2019 | |
DI MANA: | Pusat Persidangan Victoria di Victoria, B.C., Kanada | |
KEMUNCAK: | Persidangan itu akan menawarkan pelbagai aliran bengkel, termasuk latihan praktikal dalam rendaman bahasa Pribumi, teknik pengarkiban dan dokumentasi; dasar bahasa dan undang-undang; perancangan program pencergasan semula bahasa; model untuk pencergasan semula bahasa dan pendidikan; bahasa dan teknologi; dan bercerita. |
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah mengisytiharkan tahun 2019 sebagai Tahun Bahasa Pribumi sebagai satu mekanisme penting untuk meningkatkan perhatian antarabangsa berhubung kehilangan yang kritikal bagi bahasa pribumi dan keperluan terdesak untuk memelihara, mencergaskan semula, mempromosi dan menggerakkan tindakan segera dan diselaraskan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk melindungi mereka.
Bahasa-bahasa pribumi di seluruh dunia semakin hari semakin hilang pada kadar yang membimbangkan. Kira-kira 40 peratus daripada 6,700 bahasa yang dipertuturkan di seluruh dunia berada dalam ambang bahaya untuk terus hilang. Hakikat bahawa kebanyakan daripada ini adalah bahasa pribumi telah meletakkan budaya dan sistem pengetahuan yang dimiliki mereka berada dalam keadaan risiko.
Untuk maklumat lanjut mengenai:
- HELISET TŦE SḰÁL – persidangan ‘Let the Languages Live’
- Layari laman web persidangan itu: fpcflanguageconference.com
- Baca siaran media mengenai pengumuman persidangan itu: https://www.fpcflanguageconference.com/uploads/1/2/3/3/123316897/fpcf_fpcc_iyil_conference_-_launch_nr_-_final-_02.13.2019_-_english.pdf
- Layari laman web persidangan itu: fpcflanguageconference.com
- Tahun Antarabangsa UNESCO bagi Bahasa Pribumi, sila layari: en.iyil2019.org
Maklumat mengenai First Peoples’ Cultural Foundation:
The First Peoples’ Cultural Foundation adalah sebuah organisasi amal yang tidak mencari keuntungan yang diterajui oleh First Nations iaitu penduduk pribumi di Kanada yang menyokong usaha di peringkat akar umbi untuk mencergaskan semula kesenian, bahasa dan budaya penduduk Pribumi yang unik di British Columbia, Kanada. Untuk maklumat lanjut, sila layari : fpcf.ca
Maklumat mengenai First Peoples’ Cultural Council:
First Peoples’ Cultural Council adalah sebuah perbadanan yang dimiliki oleh wilayah yang diterajui oleh First Nations dengan satu mandat untuk menyokong pencergasan semula bahasa, seni, budaya dan warisan Pribumi di British Columbia, Kanada. Untuk maklumat lanjut, sila layari: fpcc.ca
Maklumat mengenai Suruhanjaya Kanada untuk UNESCO:
Suruhanjaya Kanada untuk UNESCO menghubungkan rakyat Kanada dengan usaha UNESCO, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu. Untuk maklumat lanjut, sila layari: ccunesco.ca
Lihat versi sumber di businesswire.com:
http://www.businesswire.com/news/home/20190221005758/en
Hubungi
Alex Russell
Penasihat Komunikasi
First Peoples’ Cultural Foundation
604-562-9262
alex@russellstrategy.com
Media yang ingin mendapatkan akreditasi media bagi acara ini, sila hubungi: media@fpcflanguageconference.com
Sumber: First Peoples’ Cultural Foundation dan First Peoples’ Cultural Council
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA

No comments:
Post a Comment