Friday, February 8, 2019

BOMBARDIER MELANCARKAN INOVASI PESAWAT 50 TEMPAT DUDUK BAHARU

- CRJ550 ialah jenis pesawat baharu berdasarkan platform CRJ700, dalam kalangan keluarga CRJ Bombardier yang berjaya
- Model pesawat ini merupakan pesawat tiga kelas dengan 50 tempat duduk yang pertama di dunia

MONTRÉAL, 7 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bombardier Commercial Aircraft berbesar hati untuk melancarkan secara rasmi pesawat CRJ550 yang baharu, pesawat tiga kelas dengan 50 tempat duduk yang pertama di dunia yang direka bentuk untuk memenuhi jangkaan penumpang pada hari ini. CRJ550 ialah model pesawat Siri CRJ baharu, dengan jenis sijil baharu berdasarkan CRJ700. United Airlines merupakan pelanggan pelancaran untuk model baharu ini.

“Model CRJ550 yang baharu adalah satu-satunya penyelesaian di Amerika Utara yang boleh menggantikan kumpulan pesawat 50 tempat duduk yang lama dan sedia ada, pasaran untuk lebih daripada 700 pesawat, kata Fred Cromer, Presiden, Bombardier Commercial Aircraft. Ia menawarkan pengalaman penumpang yang dipertingkat dengan tempat penyimpanan atas pesawat yang luas untuk beg bimbit dan ruang yang lebih besar untuk penumpang. Ini merupakan satu lagi contoh cara kami memfokuskan pada mencipta nilai untuk pelanggan kami dan pengesahan yang sangat penting daripada United tentang platform CRJ.”

CRJ550 akan menampilkan stesen minuman dan makanan ringan layan diri dan lebih ruang kaki secara keseluruhan bagi setiap tempat duduk berbanding pesawat 50 tempat duduk lain yang diterbangkan oleh sebarang pembawa A.S., tambahan kepada semua faedah yang telah diketahui pada pesawat Siri CRJ.

Dengan CRJ550, Siri CRJ merupakan satu-satunya keluarga pesawat serantau yang menawarkan kabin 3-kelas merentasi semua segmen pasaran dan dalam masa yang sama, memenuhi keperluan operasi semasa. Salah satu manfaat utama untuk pengendali AS adalah memanfaatkan kesamaan kokpit daripada CRJ200 sehingga ke CRJ900. CRJ550 juga akan memudahkan pengendali dengan memberikan kebolehpercayaan penghantaran 99.5 peratus yang terbukti, penghapusan beg cek pintu dan menyediakan sambungan.

Perihal Bombardier
Dengan lebih 69,500 pekerja dalam empat segmen perniagaan, Bombardier ialah peneraju global dalam industri pengangkutan, mencipta pesawat dan tren yang inovatif dan unik. Produk dan perkhidmatan kami menawarkan pengangkutan bertaraf dunia yang menjadi standard keselesaan penumpang, penjimatan tenaga, kebolehpercayaan dan keselamatan.

Beribu pejabat di Montreal, Kanada, Bombardier mempunyai tapak pengeluaran dan kejuruteraan di 28 buah negara dalam segmen Pengangkutan, Pesawat Perniagaan, Pesawat Komersial dan Aerostruktur dan Perkhidmatan Kejuruteraan. Saham Bombardier didagangkan pada Bursa Saham Toronto (BBD). Dalam tahun fiskal yang berakhir pada 31 Disember 2017, Bombardier memperolehi hasil sebanyak $16.2 bilion AS. Berita dan maklumat tersedia di bombardier.com atau ikuti kami di Twitter @Bombardier.

Nota untuk Editor
Imej pesawat CRJ550 dengan hiasan Bombardier disiarkan bersama hebahan berita ini di www.bombardier.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11857

No comments:

Post a Comment