Saturday, February 2, 2019

Santen taja aktiviti tingkat kesedaran sempena Minggu Glaukoma Dunia


KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) -- Santen Pharmaceutical Co. Ltd (Santen), yang berpangkalan di Osaka, Jepun, akan menaja aktiviti meningkatkan kesedaran mengenai glaukoma di seluruh dunia sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menambah pengetahuan orang ramai tentang penyakit mata itu semasa Minggu Glaukoma Dunia mulai 10 hingga 16 Mac, 2019.

Glaukoma merosakkan saraf optik, menyebabkan kehilangan visual secara progresif. Rawatan awal sering membolehkan pesakit dapat mengekalkan visual sepanjang hayat mereka, menurut Santen dalam satu kenyataan.

Persatuan Glaukoma Dunia, yang mana Santen adalah anggota bersekutu, menetapkan seminggu setiap Mac sebagai Minggu Glaukoma Dunia dan menjadi tuan rumah pelbagai acara di seluruh dunia untuk menggalakkan orang ramai mengesan dan mendapatkan rawatan awal glaukoma.

Santen, syarikat yang mengkhusus dalam bidang oftalmologi, juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya pengesanan awal dan rawatan glaukoma yang berterusan.

Antara aktiviti yang diadakan Santen ialah menjadi tuan rumah bagi program meningkatkan kesedaran, 'Cadangan untuk Rawatan dan Penjagaan Berterusan', di Wilayah Aichi, Nagoya pada 17 Nov tahun lepas, yang menyasarkan pesakit glaukoma di perbandaran itu.

Syarikat itu juga akan meneruskan usaha berkenaan melalui Minggu Glaukoma Dunia sebagai satu tempoh untuk pekerja mempelajari glaukoma atas inisiatif mereka sendiri dan menyampaikan pembelajaran mereka kepada anggota keluarga dan rakan-rakan, katanya.

Santen, yang menjalankan penyelidikan, pembangunan, pemasaran dan jualan farmaseutikal, produk di kaunter dan peranti perubatan, adalah peneraju pasaran bagi preskripsi farmaseutikal oftalmik di Jepun dan produknya kini menjangkau pesakit di lebih 60 negara.

Menurut kenyataan itu lagi, syarikat itu akan menumpukan usaha seterusnya untuk menggalakkan pekerja, termasuk mereka yang bekerja di seluruh dunia, untuk meningkatkan pemahaman mereka mengenai glaukoma.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari https://www.santen.com.

 -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment