Monday, February 4, 2019

Wilayah Chiba mengalu-alukan pelancong sempena musim strawberi

KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) -- Wilayah Chiba di Jepun mengalu-alukan kedatangan pelancong untuk mengalami sendiri keseronokan memetik buah strawberi di ladang-ladang di wilayah itu yang kini memasuki musim memetik buah berkenaan.
Musim memetik buah strawberi di wilayah Chiba bermula Januari hingga Mei.
Menurut kenyataan Kerajaan Wilayah Chiba, wilayah itu mempunyai lebih 100 ladang strawberi.
“Peladang menanam pelbagai spesies strawberi dan pengunjung boleh merasai dan menikmatinya untuk membandingkan rasa terutamanya, ‘CHI-BA+BERRY,’ varieti baharu strawberi yang mula mula dijual di kedai-kedai pada Januari 2017,” katanya.
Varieti itu hanya terdapat di Wilayah Chiba, katanya. 
“Buahnya besar dan bentuk yang cantik selain manis dan lazat,” katanya.
Wilayah Chiba yang mudah dikunjungi melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, terletak di wilayah yang mempunyai iklim sederhana dan kini mengalami musim bunga.
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment