Friday, February 8, 2019

BOMBARDIER MENJUAL SEMBILAN PESAWAT CRJ900 KEPADA CHORUS AVIATION

Jazz Aviation LP menjadi Pengendali Kabin ATMOSPHÈRE Kanada yang pertama di bawah jenama Air Canada Express


MONTRÉAL, 8 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bombardier Commercial Aircraft hari ini mengumumkan bahawa subsidiari Chorus Aviation Inc. (“Chorus Aviation”) telah menyelesaikan perjanjian pembelian untuk sembilan pesawat CRJ900. Pesawat ini akan dikendalikan oleh Jazz Aviation LP, subsidiari Chorus Aviation Inc., di bawah jenama Air Canada Express, menjadikannya pengendali Kanada yang pertama bagi kabin ATMOSPHÈRE baharu untuk pesawat serantau Siri CRJ.

Berdasarkan penyenaraian harga pesawat CRJ900, tempahan itu dianggarkan bernilai sebanyak US$437 juta.

“Kami berbesar hati kerana Chorus dan Jazz telah memilih produk Bombardier untuk perkembangan dan pembaharuan kumpulan pesawat mereka. Ini menguatkan lagi keyakinan mereka terhadap nilai yang Siri CRJ berikan kepada syarikat penerbangan," kata Fred Cromer, Presiden, Bombardier Commercial Aircraft. "Pesawat CRJ900 secara idealnya sesuai untuk perkembangan pasaran dan diiktiraf kerana prestasinya yang terbaik, bersifat ekonomi dan keselesaan penumpang."

“Penambahan pesawat CRJ900 baharu ini adalah sebahagian daripada pemodenan berterusan kumpulan pesawat Jazz kami,” kata Joseph Randell, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Chorus. “Pesawat ini memberikan kos pengendalian unit antara yang paling rendah dalam kalangan sebarang pesawat serantau, membolehkan kami bersaing dengan lebih efektif sementara menyelesaikan perubahan permintaan pasaran.”

Jazz, di bawah jenama Air Canada Express, akan mengendalikan CRJ900 dalam konfigurasi kabin dua-kelas dengan 76 tempat duduk. Syarikat penerbangan tersebut bercadang menggunakan pesawat pertama mereka dengan peningkatan terkini pada pesawat serantau Siri CRJ – kabin ATMOSPHÈRE pada separuh pertama tahun 2020.

Perihal Kabin ATMOSPHÈRE
Kabin ATMOSPHÈRE telah menjadi standard baharu pengalaman penumpang dalam segmen pasaran pesawat serantau. Ciri utama bahagian dalaman kabin termasuklah ruang penumpang yang lebih besar, ruang beg roda yang besar, tandas yang lebih besar, pilihan sambungan yang lebih banyak, semua disepadukan dalam rekaan kontemporari dan bahan terpilih. Malah, reka bentuk kabin ATMOSPHÈRE membolehkan penumpang membawa dan menyimpan beg roda yang “sangat besar” dalam ruang beg yang mengurangkan keperluan untuk menyemak beg di kaunter atau pintu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut: DiscoverAtmosphere.com

Perihal Pesawat Siri CRJ
Setiap 5 saat, satu pesawat serantau Siri CRJ berlepas atau mendarat di suatu tempat di dunia. Keluarga pesawat Siri CRJ telah menerbangkan lebih daripada 2 bilion penumpang sehingga menjadi program pesawat serantau paling berjaya di dunia – menghubungkan orang ramai dan komuniti tanpa bandingan. Pesawat serantau Siri CRJ telah merevolusikan penerbangan dengan keberkesanan, kebolehpercayaan dan keuntungan.

Pesawat serantau Siri CRJ berkongsi manfaat kesamaan yang memberikan kefleksibelan kepada pengendali dan membenarkan mereka untuk mengoptimumkan pesawat mereka untuk memenuhi permintaan pasaran tertentu. Tiada pesawat serantau lain yang memberikan kemampuan ini. Dioptimumkan untuk laluan serantau jarak sederhana, pesawat ini boleh memberikan kelebihan kos pengendalian tunai sehingga 10 peratus berbanding pesawat pesaing.

Sejak pelancarannya, keluarga pesawat serantau Siri CRJ telah merangsang pasaran pesawat serantau. Di Amerika Utara sahaja, ia merangkumi lebih daripada 18 peratus daripada semua pelepasan pesawat. Secara global, keluarga tersebut mengendalikan 194,800 penerbangan setiap bulan.

Perihal Chorus
Beribu pejabat di Halifax, Nova Scotia, Chorus Aviation Inc. (‘Chorus’) telah ditubuhkan pada 27 September 2010. Wawasan Chorus ialah untuk memberikan penerbangan serantau kepada dunia. Chorus telah menyewakan pesawat serantau miliknya kepada pengendalian Jazz di bawah Air Canada Express sejak 2011 dan telah menubuhkan Chorus Aviation Capital Corp. untuk menjadi pembekal peneraju global untuk penyewaan pesawat serantau. Chorus juga memiliki Jazz Aviation LP dan Voyageur Aviation Corp. – syarikat yang memiliki sejarah panjang dalam pengendalian yang selamat dan kukuh yang memberikan perkhidmatan pelanggan terbaik dalam bidang pengendalian penerbangan kontrak, kejuruteraan, pengurusan pesawat serta penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih. Bersama-sama, kumpulan syarikat Chorus mampu memberikan iringan penuh perkhidmatan sokongan penerbangan serantau. Saham Undian Variabel Kelas A dan Saham Undian Kelas B didagangkan di TSX di bawah simbol dagangan 'CHR'.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.chorusaviation.ca

Perihal Jazz
Jazz Aviation LP (‘Jazz’) mempunyai sejarah yang kukuh dalam penerbangan Kanada dengan asasnya bermula daripada tahun 1930-an. Sebagai pembawa serantau terbesar di Kanada, Jazz mempunyai rekod kepimpinan industri dan perkhidmatan pelanggan mengagumkan yang telah terbukti dan telah memanfaatkan kekuatan tersebut untuk memberikan nilai kepada semua pemegang sahamnya. Jazz mengendalikan lebih penerbangan dan terbang ke lebih destinasi Kanada berbanding syarikat penerbangan lain serta mempunyai tenaga kerja lebih kurang 4,600 profesional yang berpengalaman dalam persekitaran pengendalian serantau yang mencabar dan kompleks.

Di bawah perjanjian pembelian dengan Air Canada, menggunakan jenama Air Canada Express, Jazz memberikan perkhidmatan kepada berbilang pasaran merentasi Amerika Utara.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.flyjazz.ca

Perihal Bombardier
Dengan lebih 69,500 pekerja dalam empat segmen perniagaan, Bombardier ialah peneraju global dalam industri pengangkutan, mencipta kapal terbang dan tren yang inovatif dan unik. Produk dan perkhidmatan kami menawarkan pengangkutan bertaraf dunia yang menjadi standard keselesaan penumpang, penjimatan tenaga, kebolehpercayaan dan keselamatan.

Beribu pejabat di Montreal, Kanada, Bombardier mempunyai tapak pengeluaran dan kejuruteraan di 28 buah negara dalam segmen Pengangkutan, Pesawat Perniagaan, Pesawat Komersial serta Aerostruktur dan Perkhidmatan Kejuruteraan. Saham Bombardier didagangkan pada Bursa Saham Toronto (BBD). Dalam tahun fiskal yang berakhir pada 31 Disember 2017, Bombardier memperolehi hasil sebanyak $16.2 bilion AS. Berita dan maklumat tersedia di bombardier.com atau ikuti kami di Twitter @Bombardier.

Nota untuk Editor
Imej pesawat CRJ900 dengan hiasan Air Canada Express disiarkan bersama hebahan berita ini di www.bombardier.com.

Untuk maklumat lanjut tentang pesawat Siri CRJ, lawati http://news.commercialaircraft.bombardier.com/

Ikuti @BBD_Aircraft di Twitter untuk menerima berita dan kemas kini terkini daripada Bombardier Commercial Aircraft.

Untuk menerima siaran akhbar kami, sila lawati bahagian Suapan RSS di laman web Bombardier.

Bombardier, Siri CRJ, CRJ900 ialah tanda dagangan Bombardier Inc. atau subsidiarinya.

Untuk Maklumat

Nathalie Scott                                                               
Bombardier Commercial Aircraft                                 
+1-416-375-3030
nathalie.scott@aero.bombardier.com
www.bombardier.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/1d69646d-5562-4b9a-94ff-e08714483791 


SUMBER : Bombardier Aéronautique - Commercial Aircraft

No comments:

Post a Comment