Thursday, February 7, 2019

EVOLV MEMPERKENALKAN SYARIKAT ACARA MATA WANG DIGITAL DAN BLOCKCHAIN

HODL Rally, Minggu Blockchain Vegas dan Persidangan Kripto Dunia Membuat Penampilan Sulung dalam Barisan Acara 2019


LAS VEGAS, 7 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- via CryptoCurrencyWire -- Kuasa baharu dalam sektor acara blockchain dan mata wang digital telah didedahkan hari ini dengan pelancaran EVOLV, syarikat produksi yang berdedikasi untuk mengadakan perhimpunan dengan pengalaman yang paling menghiburkan di dunia. Syarikat tersebut membuat kemunculan pertama dengan jadual acara industri sepanjang tahun, termasuk HODL Rally dengan kereta super merentas Eropah, Minggu Blockchain Vegas dan kembalinya Persidangan Kripto Dunia tahunan kali kedua yang dinanti-nantikan, menampilkan trek World of Mining diperluaskan serta persidangan dan hackathon pembangun berbilang blockchain yang pertama.

Daripada pengasas Persidangan Kripto Dunia yang berjaya, EVOLV menetapkan siri acara utama yang memaklumkan peserta tentang berita terkini dalam industri teknologi blockchain yang sentiasa berubah.

“Kami mencipta EVOLV bagi menyatukan komuniti blockchain di bawah satu acara,” kata Adam Williams, CEO EVOLV. “Fokus kami adalah untuk mencipta pengalaman berkesan yang mengajar para penggemar dan menghimpunkan tokoh pemikir elit dari seluruh dunia untuk ‘mengurangkan semangat berpuak’ dan mendorong inovasi dalam teknologi blockchain dan mata wang digital ke tahap seterusnya.”

Tahun ini, acara EVOLV termasuklah:
  • HODL Rally: Perlumbaan kereta super pertama di dunia yang diinspirasikan daripada blockchain. Perlumbaan kereta super rangkaian selama 8 hari merentas benua Eropah ini bakal dipenuhi pengalaman bertemakan kripto, termasuk Persidangan Kemuncak Blockchain Barcelona, iaitu siri selama seminggu yang menampilkan eksekutif dari seluruh Eropah untuk menunjukkan penyelesaian dan kes penggunaan teknologi blockchain dalam dunia sebenar, acara, parti mewah dan banyak kereta super.
  • Minggu Blockchain Vegas:  Minggu Blockchain Vegas kembali tahun ini pada 26 Oktober hingga 1 November, membawakan kemajuan baharu, perdebatan yang hangat dan perbincangan tentang peluang, inovasi, perubahan dan pertumbuhan dalam pekerjaan, kewangan, penjagaan kesihatan, sains lanjutan dan kesenian. Acara selama tujuh hari ini akan menyertakan persidangan kemuncak dan perhimpunan daripada syarikat mata wang digital teratas, yang akan diumumkan pada bulan akan datang.
  • Persidangan Kripto Dunia (WCC): Minggu Blockchain Vegas akan ditamatkan dengan Persidangan Kripto Dunia tahunan kedua. Mengikuti kemunculan pertamanya yang penuh jaya, pengalaman persidangan ini kembali lebih besar dan hebat sebagai persidangan blockchain dan hackathon berbilang pembangun. Penambahan baharu dalam persidangan termasuklah WCC DEV CON, pengalaman World of Mining yang diluaskan, serta perbincangan oleh tokoh pemikir daripada syarikat perniagaan.
“Jika komuniti blockchain berhasrat untuk melindungi segala yang telah dibina sebagai infrastruktur tak terpusat dan berusaha ke arah masa hadapan yang gemilang, kita mesti mengadakan acara yang berevolusi, kekal relevan dan merangkumi semua teknologi yang menyertai ruang ini sehingga kita mencapai penerimaan besar-besaran dan memanfaatkan peluang dalam mata wang kripto dan blockchain,” tambah Eric Spire, pengasas bersama EVOLV.

Untuk maklumat lanjut tentang EVOLV dan jadual lengkap acaranya, sila lawati https://evolv.events/.

Hubungan Akhbar:
Clarity PR
Maria Jung
worldcryptocon@clarity.pr
646.934.6924

Hubungan CryptoCurrencyWire (CCW):
New York, New York
www.CryptoCurrencyWire.com
212.418.1217
Editor@CryptoCurrencyWire.com

Perihal EVOLV
EVOLV adalah syarikat produksi acara yang mengadakan acara yang menawarkan pentas global untuk tokoh industri berkongsi projek dan teknologi dengan pelabur, pakar, pembangun, perniagaan dan peserta yang menggunakan blockchain dan mata wang kripto dalam kehidupan harian. EVOLV adalah syarikat induk yang memperkenakan Persidangan Kripto Dunia, iaitu persidangan pertama untuk ruang mata wang kripto dan blockchain.

Temui EVOLV di Facebook, ikuti kami Twitter, atau lawati blog kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Lebih maklumat boleh didapati di https://evolv.events/.


SUMBER : EVOLV

No comments:

Post a Comment