Tuesday, February 12, 2019

HARRY POTTER: HOGWARTS MYSTERY MEMBAWA PILIHAN, CABARAN DAN COUTURE BAHARU DENGAN PENCARIAN SAMPINGAN PADA FEBRUARI, BOLA CAKRAWALA

Pengembaraan khas baharu memberikan kepada pemain peluang untuk mengambil bahagian dalam acara sosial Hogwarts yang sangat dinanti-nantikan

LOS ANGELES, 11 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) --

Jam City:

Siapa:
Jam City, sebuah studio permainan mudah alih yang berpusat di Los Angeles, dengan kerjasama Warner Bros. Interactive Entertainment Portkey Games, sebuah label yang dikhususkan untuk membuat pengalaman mudah alih dan permainan video Dunia Sihir baharu yang menempatkan pemain di tengah-tengah pengembaraan mereka sendiri, yang diilhami oleh cerita asal J.K. Rowling.

Apa:
Pada Februari ini, dalam permainan mudah alih, Harry Potter: Hogwarts Mystery, Hogwarts bersemangat dan sibuk dengan acara sosial yang terbesar pada musim itu - Bola Cakrawala! Dalam pengembaraan khas ini, pemain-pemain tahun empat dan ke atas boleh mengambil bahagian di dalam perancangan dan persiapan selepas kelas untuk tarian rasmi yang pertama ini. Menggerakkan pelbagai pilihan dan situasi sosial, pemain-pemain akan bekerjasama dengan rakan sebaya mereka dalam usaha untuk menjadikan acara ini satu kejayaan yang luar biasa dan penuh gemilang!

Dalam usaha pencarian itu, pemain-pemain akan membantu rakan-rakan kelas Hogwarts yang lain dengan aspirasi Bola Cakrawala mereka sendiri. Sebagai contoh, Hufflepuff Penny yang popular itu berharap untuk mengetuai Jawatankuasa Menghias, tetapi kedua-dua Merula dan Ismelda yang licik itu telah menumpukan perhatian mereka kepada sabotaj. Sementara itu, rakan sekelas yang introvert seperti Rowan memerlukan petua ubah rupa dan kata-kata perangsang, untuk melakukan sedaya upaya pada tarian itu.

Sebelum acara besar itu, pemain-pemain boleh melawat Dewan Besar itu untuk bergaul dengan rakan sekelas seperti Tulip, Barnaby, Rowan, Ben, Merula, Penny dan lain-lain, dan memilih seorang rakan untuk dijemput ke acara itu. Dengan pencarian sampingan itu sudah hampir lengkap, pemain-pemain akan dapat memilih pakaian mereka sendiri untuk ke acara itu dari satu pilihan penampilan yang dikemukakan oleh fesyen terkini Ravenclaw, Andre.

Petikan:
“Kehidupan di Hogwarts dipenuhi dengan kelas, pengajian, aktiviti kokurikulum -- tetapi juga acara-acara sosial dan sambutan,” kata Michael Brozman, Sr. Pengarah bagi Produk di Jam City. “Kami sangat teruja untuk memperkenalkan pencarian sampingan Bola Cakrawala yang mempunyai masa terhad ini pada Februari ini, bagi memberikan peluang kepada pemain untuk menerokai keseronokan, pilihan dan semangat keakraban daripada satu tarian sekolah Hogwarts.”

Latar Belakang:
Harry Potter: Hogwarts Mystery adalah permainan mudah alih yang pertama di mana pemain boleh mencipta watak dan pengalaman hidup mereka sendiri sebagai seorang pelajar Hogwarts. Di dalam pengembaraan naratif dengan elemen RPG, pemain akan membuat sebuah avatar peribadi pelajar, menghadiri kelas, belajar kemahiran magik, dan membentuk persahabatan atau persaingan dengan pelajar lain. Dalam permainan itu, pemain membuat keputusan penting yang mempengaruhi arka cerita watak mereka di Hogwarts. Permainan itu mempunyai sistem pertemuan baharu di mana keputusan dan tindakan pemain mempengaruhi pencarian mereka, dan membolehkan peminat Harry Potter untuk membuat legasi mereka sendiri sebagai ahli sihir perempuan atau ahli sihir lelaki.
 

Untuk maklumat lanjut mengenai Harry Potter: Hogwarts Mystery dan untuk berhubung dengan peminat lain, sila layari www.facebook.com/HPHogwartsMystery/, www.twitter.com/HogwartsMystery, dan untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.HarryPotterHogwartsMystery.com/.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11865

No comments:

Post a Comment