Monday, February 18, 2019

DOCOMO AKAN MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN ALBUM FOTO PADA ASAS OEM KEPADA FET DI TAIWAN

TOKYO, 18 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT DOCOMO, INC. hari ini mengumumkan bahawa ia telah bersetuju dengan Far EasTone Telecommunications Co., Ltd. (FET), satu daripada pengendali mudah alih terbesar di Taiwan, untuk menyediakan perkhidmatan album foto d photoTM  DOCOMO pada asas OEM untuk dilancarkan di Taiwan. Perkhidmatan itu akan dilancarkan sebagai “friDay Pai Pai Ben” pada 18 Februari.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190217005043/en/
 
Pangkalan pelanggan FET yang terdiri daripada kira-kira 7.17 juta akaun pelanggan untuk mendahului dengan 27 peratus penguasaan di dalam pasaran Taiwan setakat Disember 2018.
 
Persetujuan itu akan melibatkan pembabitan ITOCHU Techno-Solutions Corporation (CTC), integrator sistem utama Jepun, yang akan membangun dan mengendalikan sebuah aplikasi khusus dan sistem-sistem yang diperlukan. Di samping itu, Asukanet Co., Ltd., sebuah syarikat pembuatan album foto, akan membangun dan menyampaikan album-album foto fizikal yang mengandungi kandungan visual yang pelanggan simpan melalui akaun friDay Pai Pai Ben mereka.
 
Di Jepun, pelanggan menggunakan perkhidmatan awan d photo DOCOMO untuk menyimpan foto dan video, dan mencetak foto untuk membuat album foto asal dengan kadar bayaran bulanan sama rata JPY 280, termasuk penghantaran (tidak termasuk cukai). Perkhidmatan itu sangat popular terutama di kalangan keluarga, termasuk mereka yang mempunyai anak kecil.
 
Melangkah ke hadapan, DOCOMO berhasrat untuk mengembangkan perkhidmatan mereka yang popular di pasaran Asia yang lebih luas berdasarkan kepada pandangan jauh yang diperolehi dengan pelancaran Taiwan itu.
 
Maklumat mengenai NTT DOCOMO
 
NTT DOCOMO, pengendali mudah alih yang terkemuka di Jepun dengan lebih 77 juta langganan, merupakan satu daripada penyumbang paling utama di dunia untuk teknologi rangkaian mudah alih 3G, 4G dan 5G. Di luar perkhidmatan komunikasi teras, DOCOMO kini mencabar perbatasan baharu dengan kerjasama beberapa entiti (rakan-rakan "+d") yang semakin berkembang, sekali gus mewujudkan perkhidmatan nilai tambah yang menarik dan mudah yang mengubah cara orang hidup dan bekerja. Di bawah sebuah pelan jangka pertengahan ke arah tahun 2020 dan seterusnya, DOCOMO sedang merintis satu rangkaian 5G yang terkemuka untuk memudahkan perkhidmatan berinovatif yang akan memukau dan memberi inspirasi kepada pelanggan melebihi jangkaan mereka. DOCOMO disenaraikan di Bursa Saham Tokyo (9437). www.nttdocomo.co.jp/english.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190217005043/en/
 
Hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
NTT DOCOMO
Encik Michael Bristow atau Cik Makiko Furuta
Jabatan Perhubungan Awam
Tel: +81-3-5156-1366
Faks: +81-3-5501-3408
Laman web: www.nttdocomo.co.jp/english
 
Sumber : NTT DOCOMO, INC.
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

No comments:

Post a Comment