Tuesday, February 26, 2019

SMBC lantik Kainaka sebagai Presiden/CEO

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- SMBC Malaysia melantik Tetsuya Kainaka sebagai presiden/ketua pegawai eksekutifnya berkuat kuasa 23 Jan, 2019.

Sebelum pelantikan itu, Kainaka bertugas sebagai pengurus Jabatan Perniagaan Pelanggan Global SMBC di ibu pejabat bank berkenaan di Tokyo, dengan mengurus perniagaan pelanggan multinasional bukan Jepun di Jepun, kata SMBC dalam kenyataan hari ini.

Kainaka juga pernah berkhidmat masing-masing selama tiga tahun di Amerika Utara dan Selatan, mengurus jabatan perbankan korporat di New York sebelum berpindah ke Brazil bagi menyelia perancangan dan penggalakkan perniagaan serta perniagaan perbendaharaan di Banco Sumitomo Mitsui Brasileiro S.A., Sao Paulo Brazil (anak syarikat 100 peratus SMBC di Brazil).

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment