Wednesday, February 27, 2019

SYNTONIC SIARKAN PERKHIDMATAN MUDAH ALIH BAHARU DALAM PLATFORM PENJANAAN PENDAPATAN HASIL YANG PERNAH MEMENANGI ANUGERAH

Platform Menyeluruh Membolehkan Syarikat Pembawa Menjana Lebih Banyak Pendapatan daripada Data Mudah Alih dan Aplikasi Ekonomi 

BARCELONA, Sepanyol, 25 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- KONGRES MUDAH ALIH DUNIA -- Syntonic, penyedia teknologi dan perkhidmatan mudah alih terkemuka, hari ini mengumumkan tiga perkhidmatan pembawa baharu: Portal Captive Syntonic ™ untuk penjanaan pendapatan tanpa had daripada pelanggan; Syntonic Sponsored Web ™ untuk membolehkan penajaan akses web bebas data; dan Syntonic Mobile Commerce Suite ™ untuk mentadbir urus niaga dalam talian pengguna menggunakan kredit pembawa  dan dompet dalam talian.

Perisian, perkhidmatan dan sokongan pengiklanan mudah alih , penjanaan keuntungan dan perdagangan dalam talian Syntonic yang pernah memenangi anugerah,  menyediakan satu-satunya platform penjanaan pendapatan menyeluruh (akhir-ke-akhir) yang membolehkan penerbit apl, penyedia kandungan dan pengiklan untuk melibatkan penonton dan pelanggan mereka dalam  keseluruhan kitaran hayat mereka.

"Pembawa mudah alih tidak mengambil bahagian dalam 'aplikasi ekonomi’ yang saiznya hampir dua kali saiz perniagaan data mudah alih dan berkembang dengan lebih pantas," kata Gary Greenbaum, CEO Syntonic. "Menerusi perkhidmatan platform baharu Syntonic, kami kini dapat menyediakan syarikat pembawa, penyedia kandungan dan pengiklan dengan penyelesaian cara baharu dalam menghasilkan aliran pendapatan baharu daripada pelanggan mudah alih yang terlibat."

Perkhidmatan platform baharu Syntonic termasuk:

1.     Syntonic Captive Portal – penyelesaian lengkap yang membolehkan syarikat pembawa mudah alih dan penyedia WiFi menjana hasil daripada pelanggan tanpa pelan data. Cenderung untuk keluar, pelanggan imbangan sifar mewujudkan risiko migrasi; dan menerusi Portal Captive Syntonic, mereka kini mewujudkan peluang pendapatan untuk syarikat pembawa. Pembawa dan penyedia WiFi kini boleh menawarkan akses disokong iklan untuk memilih aplikasi Internet mudah alih, laman web dan kandungan. Portal Caption Syntonic menyediakan akses kepada semua pengiklan kepada mana-mana rangkaian iklan.

2.     Syntonic Sponsored Web – teknologi inovatif yang membolehkan syarikat pembawa untuk membuat perkadaran sifar ke atas mana-mana laman web pihak ketiga menggunakan pelayan telefon standard dan memudahkan pelbagai peluang penajaan baharu dan menarik, seperti akses kandungan yang disokong iklan. Pada masa ini, pengguna yang melawat laman web bebas data sering mendapati bahawa sebahagian daripada penggunaan itu sebenarnya diambil kira menggunakan  pelan data mereka. “Ketirisian data’ ini disebabkan batasan dalam penyelesaian teknologi berasaskan rangkaian sedia ada. Sebaliknya, Syntonic Sponsored Web menghapuskan ketirisan  data dan memberikan jaminan 100 peratus ke atas pendapatan tanpa sebarang perubahan kepada browser, laman web, atau rangkaian pembawa. Yang penting, syarikat pembawa juga boleh mewujdukan segera dan melaksanakan kempen dengan cepat dan menerima analisis kempen masa nyata secara berskala menggunakan perkakasan  platform Syntonic.

3.     Syntonic Mobile Commerce Suite (MCS) – Satu set perkhidmatan termasuk pengebilan langsung dan dompet bersepadu yang membolehkan model pembayaran yang fleksibel seperti transaksi langganan dan item tunggal dan pembelian dalam aplikasi. MCS Syntonic mengurangkan risiko kewangan untuk pedagang dan membolehkan pengguna membuat pembelian dengan cepat, mudah dan terjamin mengerusi telefon pintar mereka.

Sila layari Syntonic pada Kongres Mudah Alia Dunia tahun ini. Ruang pameran Syntonic terletak di Hall 8.1 Stand 8.1A11 di  Fira Gran Via.

Maklumat Mengernai Syntonic

Syntonic (ASX: SYT) memanfaatkan nilai data mudah alih. Syarikat pembawa dari seluruh dunia menggunakan Platform Penjaaan hasil Syntonic yang mudah untuk digunakan bagi menjana aliran pendapatan baharu daripada data mudah alih dan aplikasi ekonomi. Perisian, perkhidmatan perisian Syntonic yang pernah memenangi anugerah menyokong pengiklanan mudah alih, penjanaan keuntungan  kandungan, perdagangan dalam talian dan pengurusan mewah bagi perusahaan. Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi www.syntonic.com.

Dapatkan versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190224005102/en/

Hubungi 
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Pulse8 PR
Paul Lonnegren, 720-470-7488
plonnegren@pulse8pr.com

Sumber : Syntonic

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

No comments:

Post a Comment