Friday, May 26, 2017

TOSHIBA LANCAR PERANTI KUASA PINTAR BERVOLTAN TINGGI DENGAN 600V DAN PENARAFAN 5A




TOKYO, 25 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO:6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company  hari ini mengumumkan pelancaran "TPD4207F," penambahan terbaharu kepada barisan peranti kuasa pintar bervoltan tinggi (IPD) di dalam pakej bersaiz kecil untuk digunakan dalam motor kipas, termasuk pendingin hawa, pembersih udara dan pam. IPD baharu itu ditempatkan di dalam sebuah pakej pelekap permukaan "SOP30" yang kecil, dan mencapai satu peningkatan penarafan semasa 5A dan voltan tinggi 600V. Penghantaran pengeluaran secara besar-besaran bermula hari ini.

Dengan menggunakan teknologi MOSFET Toshiba yang terkini untuk mengurangkan kehilangan kuasa, 600V Super Junction MOSFET "siri DTMOSIV," IPD baharu itu mencapai penarafan 5A. Ini adalah mencukupi untuk memacukan motor pemampat bagi sebuah peti sejuk, di mana IPD yang ada sekarang tidak berupaya untuk melakukannya, dan akan mengembangkan rangkaian aplikasinya.

Ciri-ciri
Mencapai 600V dan penarafan 5A di dalam sebuah pakej peranti pelekap permukaan yang padat.

Aplikasi
Motor pemampat peti sejuk, dll.

Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk baharu.
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TPD4207F&region=apc&lang=en

Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai IPD Toshiba.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/linear/ipd.html

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan & Pemasaran Peranti Kuasa
Tel: +81-3-3457-3933
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba
Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba menggalakkan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.

Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.)
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51565008&lang=en

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp 

No comments:

Post a Comment