Wednesday, May 24, 2017

KEIO PLAZA HOTEL TOKYO ANJUR PAMERAN SENI PERSEMBAHAN TRADISIONAL JEPUN "NOH"

TOKYO, 23 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo, satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menjadi tuan rumah kepada satu pameran khas bertajuk "Menikmati Seni Persembahan Tradisional Jepun Noh" dari 1 hingga 29 Jun, 2017. Ini merupakan tahun kedua berturut-turut hotel itu akan mengadakan satu pameran khas Noh dengan kerjasama National Noh Theatre. Pameran tahun ini memberi tumpuan kepada "Hagoromo (Jubah Bulu)", sebuah seni lakon Noh yang terkenal yang diasaskan kepada legenda sulung cakerawala, dan akan memaparkan ukiran topeng kayu tradisional Noh, kostum Noh yang ditenun secara halus, dan peralatan lakon artistik lain yang berkaitan yang digunakan di dalam persembahan Noh. Semasa pameran ini, satu persembahan khas "Hagoromo" akan diadakan oleh pelakon Noh yang terkenal Yoshimasa Kanze pada 13 Jun, diikuti dengan satu majlis makan tengah hari khas. Satu lagi peluang unik untuk melihat seni pentas klasik ini secara lebih dekat adalah semasa satu demonstrasi Noh secara percuma di Lobby Utama, pada 21 Jun pada pukul 5 petang. Demonstrasi pendek ini adalah bagi kedua-dua pelawat dan juga tetamu yang menginap.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10050

No comments:

Post a Comment