Thursday, May 11, 2017

MONACO INVESTMENT CORPORATION DITUBUHKAN UNTUK MENGETUAI PROGRAM PELABURAN LANGSUNG BERDAULAT GLOBAL

MONTE CARLO, Monaco, 11 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Monaco Investment Corporation (MIC) telah diumumkan dengan sokongan Yang Teramat Mulia Putera Albert II dari Monaco untuk mengetuai sebuah program pelaburan langsung yang tertumpu kepada memperoleh kedudukan kepentingan di dalam syarikat-syarikat di seluruh dunia. Perbadanan itu diuruskan oleh Scepter Partners, sebuah sindiket pelaburan dan bank saudagar yang diasaskan oleh pembiaya Rayo Withanage dan dipimpin oleh sebuah Jawatankuasa Pemandu yang terdiri daripada tokoh veteran industri termasuk Brady Dougan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Credit Suisse, William Doyle, bekas Ketua Pegawai Eksekutif PotashCorp di Saskatchewan dan Bob Diamond, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Atlas Merchant Capital dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Barclays. Perbadanan pelaburan langsung berdaulat yang baharu itu memberi tumpuan kepada memberi khidmat kepada pelabur terpilih yang dijemput oleh Scepter dan Kerajaan Diraja Monaco. MIC akan pada mulanya mengetuai satu program pelaburan di dalam institusi kewangan dan sumber semula jadi dengan pengembangan ke dalam sektor lain apabila keupayaan pelaburan diperolehi.

Yang Teramat Mulia Putera Albert II dari Monaco mengulas: "Monaco Investment Corporation akan mengubah cara kekayaan negara dan pelabur persendirian melibatkan diri dengan pelaburan bermodal besar di peringkat global. Pengasas Scepter dan saya sendiri telah mengesahkan komitmen kami untuk menyokong institusi ini dan kami secara proaktif akan menggunakan modal dan hubungan kami untuk kejayaannya. Kami yakin di dalam inisiatif kewangan dan kepimpinan mantap Scepter dan kami yakin bahawa MIC akan berkembang menjadi sebuah institusi yang boleh menjadi kebanggaan kami semua."

Scepter telah ditubuhkan oleh ahli-ahli keluarga pemerintah yang berpangkalan di Asia & negara Teluk yang mengumpulkan sebuah sindiket yang utama yang terdiri daripada pelabur-pelabur berdaulat dengan aset budi bicara di sekitar $14 bilion daripada pemegang amanah harta Scepter. Yang Amat Mulia Putera Abdul Ali Yil Kabier, seorang Putera dari Brunei dan pengasas bersama Scepter menegaskan: "Duli-duli Yang Amat Mulia dan saya secara kolektif komited untuk menyokong Monaco menjadi sebuah pemain utama di dalam pelaburan langsung global dan membina nilai bagi pihak-pihak yang berkepentingan melalui kanta pembangunan mapan. Kami mempunyai keyakinan mutlak di dalam kepimpinan Scepter dan menyokong wawasan pembangunan Yang Teramat Mulia Putera Albert II dari Monaco. "

Encik Withanage, Pengerusi Eksekutif bagi Scepter berkata, "Kami berdedikasi untuk membina dengan teliti MIC agar menjadi sebuah perbadanan berorientasikan global yang menggabungkan pelabur dan pengendali bertaraf dunia untuk membangunkan syarikat-syarikat yang stabil dan kuat." Perbadanan itu akan menjadi sebuah pemacu pelaburan supranasional, yang dibuka secara eksklusif kepada pelabur institusi dan pelabur berdaulat. Pada tahun pertamanya, bagaimanapun, perbadanan itu boleh mengundang keluarga Forbes 500 yang terpilih yang merupakan penduduk atau rakan-rakan Monaco. Keluarga-keluarga ini dipilih mengikut kedudukan geografi dan tumpuan industri sebagai pelabur pengasas di dalam perbadanan itu dan pemilik sebahagian bagi syarikat pengurusan itu. Encik Mark Thomas, Naib Pengerusi bagi The Sovereign Trust, pemegang saham terbesar Scepter berkata: "MIC adalah kali pertama sebuah struktur pelaburan langsung berdaulat yang menggabungkan modal jangka panjang yang signifikan dengan beberapa pelabur individu yang paling berjaya di dunia. MIC wujud untuk bekerjasama dengan satu daripada aset yang paling menarik di Monaco, rakan-rakannya dan penduduknya."

MIC akan di peringkat awal mengambil kesempatan ke atas pertemuan unik bagi kepakaran operasi di dalam perkhidmatan kewangan dan sumber semula jadi. Kepimpinan akan menumpukan tenaga mereka terutamanya dalam tempoh beberapa bulan akan datang ke atas pelaburan awal MIC dan juga menentukan pelantikan pengurus-pengurus pelaburan dalaman dan institusi kewangan yang akan berkhidmat dengan perbadanan itu. MIC berada pada kedudukan yang baik untuk bekerja secara eksklusif dengan institusi-institusi kewangan global yang komited dengan aktiviti-aktiviti di Monaco dan untuk menyerap pengurus-pengurus pelaburan yang ingin berpindah ke platform modal yang tetap. Scepter sedang menggerakkan kepimpinannya ke Monaco, di mana ia mewujudkan ibu pejabat globalnya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.scepterpartners.com.

Hubungi
Hill+Knowlton Strategies
Christopher Winans, 1-212-885-0381
chris.winans@hkstrategies.com

Sumber: Scepter Partners

No comments:

Post a Comment