Wednesday, May 17, 2017

Peranan JobStreet Education Semakin Penting

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- JobStreet Education, sebuah portal pendidikan dalam talian bagi mereka yang bekerja, menjalin kerjasama dengan 12 penyedia latihan pendidikan tempatan dan antarabangsa serta mendaftar lebih 500 rakyat Malaysia untuk menyertai programnya.

Pengurus Besar JobStreet Education Lautaro Fernandez berkata ini sejajar dengan misinya bagi membantu rakyat Malaysia mendapatkan latihan yang betul dalam mencapai matlamat karier mereka.

"Berdasarkan pengalaman kami, tenaga kerja rakyat Malaysia didorong dengan program pendidikan dan kemahiran. Mereka melihat kepentingan untuk mengawal karier mereka dan melabur bagi pembangunan profesional," katanya dalam kenyataan di sini.

Portal tersebut meraikan ulang tahun pertamanya bulan ini.

Mengenai perancangan masa depan mereka, Fernandez berkata, JobStreet Education memainkan peranan utama dalam menyediakan kursus pelbagai bidang dan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mendapatkan pilihan pendidikan dan nasihat karier terbaik.

Ia mencatatkan kejayaan penting pada Mac lepas apabila memperoleh pensijilan pelatih Dana Pembangunan Sumber Manusia bagi membolehkan majikan yang berdaftar dengannya untuk memohon geran latihan dalam apa-apa program yang ditawarkan JobStreet Education.

Kini, portal pendidikan dalam talian ini menawarkan kelayakan dalam bidang teknologi maklumat, pengurusan projek, perniagaan, perancangan rantaian bekalan, pendidikan, hospitaliti dan pemasaran.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment