Wednesday, May 24, 2017

PRA HEALTH SCIENCES DINOBATKAN SEBAGAI SYARIKAT PENYELIDIKAN KLINIKAL ANTARABANGSA TERBAIK TAHUNAN

RALEIGH, N.C., 24 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- PRA Health Sciences, Inc., (PRA) (NASDAQ:PRAH) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa mereka telah dinobatkan sebagai Syarikat Penyelidikan Klinikal Antarabangsa Terbaik Tahunan selama empat tahun berturut-turut. PRA menerima anugerah itu semasa di majlis PharmaTimes di London. Anugerah ini menyusul pengiktirafan PRA baru-baru ini sebagai Syarikat Penyelidikan Klinikal Terbaik Tahunan dalam pertandingan PharmaTimes Amerika.

Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/29ac9b83-70bf-451e-a05f-bda1b8a05df8

"PRA sekali lagi berbesar hati untuk menerima anugerah berprestij ini," ujar David Passov, Naib Presiden Senior, Pengurusan Projek EAPA. "Anugerah ini merupakan pengiktirafan bagi kakitangan kami yang berbakat dan berdedikasi serta semangat mereka untuk membantu orang lain melalui kerja-kerja pembangunan klinikal mereka."

PRA telah memenangi sebanyak tiga Emas, empat Perak dan lima anugerah Gangsa. Penerima anugerah emas individu termasuk:
  • Pentadbir Percubaan Klinikal Terbaik Tahunan: James Battisti
  • Pengurus Projek Terbaik Tahunan: Caroline Cattelin


Dianjurkan oleh PharmaTimes, pertandingan Penyelidik Klinikal Antarabangsa Terbaik Tahunan ini menyediakan satu peluang yang unik untuk penyelidik klinikal dari seluruh dunia untuk menanda araskan kecekapan dan kemahiran mereka berbanding rakan-rakan mereka dalam persekitaran pembelajaran antarabangsa. Disusun dan diadili oleh jawatankuasa pemandu bebas daripada pemimpin industri peringkat tinggi, Penyelidik Klinikal Antarabangsa Terbaik Tahunan mempunyai beberapa kategori untuk penyelidik dan pasukan klinikal pada semua peringkat kerjaya mereka.

MENGENAI PRA HEALTH SCIENCES

PRA (NASDAQ: PRAH) adalah salah satu daripada organisasi penyelidikan klinikal global yang unggul, mengikut pendapatan, menyediakan perkhidmatan pembangunan klinikal sumber luar kepada industri bioteknologi dan farmaseutikal. Platform pembangunan klinikal global PRA termasuk lebih daripada 70 pejabat di seluruh Amerika Utara, Eropah, Asia, Amerika Latin, Afrika Selatan, Australia dan Timur Tengah, dan lebih daripada 13,300 pekerja di seluruh dunia. Sejak tahun 2000, PRA telah mengambil bahagian dalam kira-kira 3,500 ujian klinikal di seluruh dunia. Di samping itu, PRA telah mengambil bahagian dalam ujian penting atau sokongan yang membawa kepada kelulusan Food and Drug Administration Amerika Syarikat atau kelulusan kawal selia antarabangsa bagi lebih daripada 70 ubat-ubatan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai PRA, sila layari www.prahs.com.


PERTANYAAN MEDIA: Christine Rogers, Pengurus - Perhubungan Awam, Komunikasi Korporat
E-MEL: rogerschristine@prahs.com PHONE: +1 919.786.8463
PERTANYAAN PELABUR: InvestorRelations.prahs.com

SUMBER : PRA Health Sciences, Inc.

No comments:

Post a Comment