Friday, May 19, 2017

MIA Anjur Dua Pertandingan Bersempena Sambutan Jubli Emas

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Bersempena sambutan jubli emasnya, Institut Akauntan Malaysia (MIA) menganjurkan pertandingan rakaman video dan esei dari 1 Jun hingga 31 Julai.

MIA dalam satu kenyataan berkata pertandingan itu bertujuan mengukur minat pelajar terhadap bidang perakaunan, di samping memberi peluang kepada mereka untuk mempamerkan kreativiti.

"Pertandingan ini berkisar tentang tema ulang tahun ke-50 iaitu integriti, kebertanggungjawaban dan amanah -- tiga nilai teras yang menjadi tonggak profesion perakaunan," katanya.

Pertandingan rakaman video itu, yang menawarkan hadiah RM3,000 serta sijil kepada pemenangnya, terbuka kepada pelajar yang sedang mengikuti program pengajian berkaitan perakaunan di institusi pengajian tinggi berdaftar di Malaysia.

Video berkenaan mestilah dalam Bahasa Inggeris dan format MP4 serta sepanjang antara tiga dan lima minit, kata kenyataan itu.

Bagi pertadingan mengarang esei pula, penyertaannya terbuka kepada pelajar Tingkat 4 hingga Tingkatan 6, manakala hadiah yang ditawarkan kepada pemenang ialah RM2,000 dan sijil pencapaian.

Esei mestilah dalam Bahasa Inggeris dan sepanjang antara 500 hingga 800 perkataan.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari http://mia50.mia.org.my

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment