Wednesday, May 24, 2017

​RIA MONEY TRANSFER MENGUMUMKAN PERKONGSIAN STRATEGIK BARU DAN MELUASKAN RANGKAIANNYA DI INDIA UNTUK BERKHIDMAT KEPADA KUMPULAN DIASPORA TERBESAR DI DUNIA

BUENA PARK, Calif., 24 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Ria Money Transfer ("Ria"), syarikat pemindahan wang ketiga terbesar di dunia dan subsidiari Euronet Worldwide, Inc. (NASDAQ:EEFT) telah menandatangani perjanjian perkongsian langsung dengan ejen pembayaran kiriman wang terkemuka India, Paul Merchants LtdWeizmann Forex Ltd dan Transcorp International Ltd.
 
Ejen prinsipal baru Ria terkenal di India dan semuanya mempunyai lebih daripada 15 tahun pengalaman di dalam sektor pemindahan wang. Dengan penambahan Paul Merchants Limited, Weizmann Forex Limited dan Transcorp International Limited, Ria akan menaik taraf rangkaian pembayaran wangnya dalam tempoh 12 bulan berikutnya dengan menambah puluhan ribu lokasi runcit dan syarikat kewangan bukan bank yang berkualiti tinggi di seluruh India. Rangkaian yang teguh dan ada di mana-mana ini akan memberikan Ria lebih banyak pengiktirafan jenama di seluruh India di samping membekalkan banyak kemudahan dan aksesibiliti bagi penerima untuk menerima kiriman wang dengan mudah.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10059

No comments:

Post a Comment