Wednesday, May 24, 2017

ASHNIK MENGUMUMKAN RANGKA KERJA PERKHIDMATAN UNTUK TRANSFORMASI DIGITAL DI ASIA TENGGARA DAN INDIA

SINGAPURA & KUALA LUMPUR, Malaysia, 24 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ashnik, sebuah perusahaan terkemuka yang menyediakan teknologi sumber terbuka di Asia Tenggara (SEA) dan India, akan mengumumkan pelan mereka untuk menawarkan penyelesaian dan perkhidmatan bagi transformasi digital. Setelah berada di barisan hadapan untuk membawa beberapa teknologi sumber terbuka yang terkenal kepada perusahaan di Asia Tenggara sejak tahun 2009, Ashnik telah membolehkan lebih 100 pelanggan perusahaan untuk menerima pakai teknologi sumber terbuka. Melalui kepakaran mereka yang mendalam di dalam perkhidmatan reka bentuk dan perundingan, Ashnik membolehkan pelanggan untuk mencapai ketangkasan, inovasi dan pengurangan kos.
 
Melakukan perjalanan transformasi digital kini semakin meningkat di kalangan kebanyakan perusahaan di Asia Tenggara. Justeru Ashnik telah menyelaraskan perkhidmatan dan penawaran untuk memenuhi matlamat transformasi digital pelanggan mereka dan pada masa yang sama menangani cabaran perniagaan yang dinamik, melalui teknologi sumber terbuka yang berkaitan. Sachin Dabir, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Ashnik, menambah, "Perusahaan di SEA kini memulakan proses transformasi digital untuk mencapai manfaat perniagaan yang lebih baik, menyediakan perkhidmatan yang lebih tinggi dan produk yang berinovatif kepada pelanggan akhir mereka. Teknologi sumber terbuka merupakan pemacu utama bagi inisiatif ini kerana ia menangani pengoptimuman kos dan faktor ketangkasan. Kami teruja untuk membawa ini ke tahap seterusnya dengan mewujudkan satu rangka kerja yang meletakkan pengalaman kami bersama-sama di dalam perundingan, perkhidmatan dan penyelesaian sumber terbuka."

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10056

No comments:

Post a Comment