Monday, May 8, 2017

TACONIC BIOSCIENCES MELUASKAN PORTFOLIO MIKROBIOM

Tikus BALB/c Bebas Kuman Dapat Memudahkan Penemuan Ubat-Ubatan Terapeutik
 
HUDSON, N.Y., 8 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Taconic Biosciences, peneraju global pelbagai model tikus tereka bentuk genetik serta perkhidmatan berkaitan dan satu-satunya pembekal komersial bagi tikus bebas kuman, mengumumkan produk terbaru di dalam portfolio mikrobiomnya, iaitu tikus BALB/c Bebas Kuman.  Produk baru ini meluaskan koleksi sedia ada model haiwan bebas kuman Taconic, yang termasuk tikus C57BL/6 (Black 6) dan tikus Swiss Webster. 
 
Strain baka seturunan BALB/c ini biasanya digunakan untuk kajian pengeluaran antibodi dan kemujaraban vaksin. Strain ini juga digunakan secara meluas dalam kajian pemindahan adoptif, seperti kajian model kolitis pemindahan adoptif dan tumor singeneik untuk penyelidikan imuno-onkologi. Taconic menawarkan tikus BALB/c Bebas Kuman sebagai produk lambak, dengan kohort kajian tersedia untuk dihantar ke seluruh dunia dengan segera.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10002

No comments:

Post a Comment