Monday, May 22, 2017

GREE: "BUATAN CHINA" DISUKAI DI SEPANJANG "BELT AND ROAD"

GUANGZHOU, China, 19 Mei, 2017 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada Pesta Canton ke-121, yang baru sahaja berakhir, Gree mempamerkan pelbagai produk peralatan pintar rumah, kesemuanya yang dihasilkan daripada penyelidikan dan pembangunan bebas mereka sendiri. Teknologi penting seperti dialog manusia-mesin, kawalan pintar, sangat mengagumkan. "Kualiti produk-produk Gree dan teknologi teras mereka yang sentiasa membuat pembaharuan meningkat keyakinan saya di dalam produk 'Buatan China'," kata Encik Rizwan Bartz, dari Pakistan.

Dibina pada tahun 1991, "Gree," sebuah kilang kecil, telah dapat bertahan walaupun menghadapi ujian masa dan pasaran, dan secara beransur-ansur telah berkembang menjadi sebuah syarikat tersenarai dengan kehadiran yang besar di peringkat antarabangsa. Mengintegrasikan fungsi seperti penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran, jualan dan perkhidmatan, pendapatan tahunan bagi gergasi peralatan rumah ini kini melebihi 100 bilion yuan.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=10049

No comments:

Post a Comment