Wednesday, May 31, 2017

​BROADSOFT UMUMKAN PEMENANG ANUGERAH PENCAPAIAN TAHUNAN DI AUSTRALASIA

  • Anugerah Tahunan Menyerlahkan Pencapaian oleh pelanggan dan rakan kongsi BroadSoft di Australasia
  • Diumumkan pada 24 Mei 2017 di Acara BroadSoft Connect di Melbourne
  • Acara Connect dihadiri oleh lebih 250 profesional telekomunikasi dari Rantau Australasia
MELBOURNE, Australia, 30 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BroadSoft, Inc. (NASDAQ:BSFT), iaitu peneraju pasaran global dalam perisian perniagaan awan untuk komunikasi disatukan, kerjasama dan pusat perhubungan (UCaaS), berbesar hati untuk mengumumkan pemenang Anugerah Pencapaian Tahunan anjurannya yang disampaikan semasa acara BroadSoft Connect di Melbourne pada minggu ini.

Pemenang anugerah ialah:

Anugerah Inovasi Komunikasi Disatukan Talian Tetap dan Mudah Alih
Penerima: Vodafone New Zealand
Diterima oleh: Josh Papera, Pengurus Operasi, Perkhidmatan Generasi Mendatang di Vodafone

Anugerah Kepimpinan Komunikasi Disatukan Global
Penerima: Telstra
Diterima oleh: Gretchen Cooke, Pengarah, Komunikasi Disatukan dan Media Digital di Telstra

Anugerah Kepimpinan Alaf
Penerima: Access4
Diterima oleh: Tim Jackson, Pengarah Urusan dan Ruy Franco, Pengarah Jualan dan Pemasaran di Access4

Anugerah Kepimpinan BroadCloud
Penerima: Optus
Diterima oleh: Norm Countryman, Pengurus Produk dan Pemasaran Perniagaan Kecil dan Sederhana

Anugerah Komunikasi Disatukan Awan
Penerima: Justin Martin, Arkitek Rangkaian di Vocus

Mengenai BroadSoft:

BroadSoft adalah pembekal perisian dan perkhidmatan awan terkemuka yang membolehkan penyedia perkhidmatan mudah alih, talian tetap dan kabel menawarkan Komunikasi Disatukan melalui rangkaian Protokol Internet mereka. Platform komunikasi teras syarikat ini membolehkan penyampaian pelbagai perkhidmatan komunikasi panggilan perusahaan dan pengguna, pemesejan dan kerjasama, termasuk pertukaran cawangan peribadi, panggilan video, pemesejan teks dan perkhidmatan mudah alih dan talian tetap tertumpu.  Untuk mendapatkan maklumat tambahan, sila lawati http://www.BroadSoft.com.

Hubungan Media BroadSoft:

APAC
Terry Alberstein
Navigate Communication
+61 (0) 458-484-921
terry@navigatecommunication.com.au

Niaobh Levestam
Akbar dan Hubungan Media Global, BroadSoft
+44 (0)7919 605660
nlevestam@broadsoft.com

SUMBER : BroadSoft, Inc.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment