Friday, May 12, 2017

Merieux Nutrisciences Pindahkan Makmal Ujian Makanan Kanada

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- M?eux NutriSciences, rangkaian makmal ujian makanan bertauliah antarabangsa terkemuka, hari ini mengumumkan pemindahan satu daripada empat makmalnya di Kanada ke kemudahan baharu seluas 24,000 kaki persegi di Burnaby, British Columbia, yang terletak berhampiran lokasi sebelum ini.

Presiden M?eux NutriSciences bagi Amerika Utara, Jim Miller berkata pemindahan itu dilakukan pada 22 April dan sekali gus menunjukkan peningkatan tawaran dan kemampuan bagi menambah baik keupayaan pengujian mikrobiologikalnya di kawasan Vancouver, termasuk wilayah atas barat laut Amerika Syarikat.

Beliau berkata, makmal baharu di Burnaby akan membolehkan mereka meningkatkan pengujian analisis, khususnya bagi mikro.

"Selain itu reka letak baharu makmal tersebut juga akan menyokong aliran sampel yang lebih cekap di samping menyediakan bilik untuk memperluaskan keupayaan kimia kami," katanya dalam kenyataan.

Makmal baharu di Burnaby merupakan antara empat makmal M?eux NutriSciences di Kanada, dan antara 21 makmal di Amerika Utara.

"Kami menjangkakan syarikat dapat memperluaskan keupayaan semasa untuk mencapai pelanggan yang pelbagai dengan kemudahan baharu itu," katanya.

M?eux NutriSciences, beribu pejabat di Chicago, telah berkembang maju daripada makmal tunggal yang diasaskan di Chicago pada 1967 sehingga kedudukan di peringkat dunia merangkumi Amerika Utara, Amerika Latin dan Amerika Selatan selain Eropah, Asia Barat, Afrika dan Asia Pasifik.

No comments:

Post a Comment