Monday, September 25, 2023

ZON KERJASAMA PELANCONGAN RENTAS SEMPADAN DETIAN-BAN GIOC SINO-VIETNAM MEMULAKAN OPERASI PERCUBAAN

Majlis Permulaan bagi Operasi Percubaan untuk Zon Kerjasama Pelancongan Rentas Sempadan Air Terjun Detian-Ban Gioc China-Vietnam

 DAXIN, China, 25 Sept., 2023 /Xinhua-AsiaNet/--


Majlis Permulaan Operasi Percubaan bagi Zon Kerjasama Pelancongan Rentas Sempadan Air Terjun Detian-Ban Gioc China-Vietnam (kemudian daripada ini dirujuk sebagai "Zon Koperasi") telah diadakan di pusat pemeriksaan sempadan China-Vietnam pada 15 September, pada pukul 10:00 pagi.

Pada majlis itu, penghibur dari China dan Vietnam telah mempersembahkan muzik dan tarian yang mewakili rakyat mereka masing-masing. Sebagai contoh, tianqin Vietnam (instrumen tali)/lagu vokal Ban Gioc Charms adalah rancak dan merdu, lagu Cina Guangxi Nidiya penuh bersemangat dan bertenaga, muzik/tarian Vietnam Beautiful Cao Bang Mountains and Waters begitu anggun dan indah, Musim Bunga China yang Awal di Perkampungan Zhuang adalah sangat lembut dan mendalam. Pertunjukan itu mencapai kemuncaknya di dalam lagu Vietnam dan China yang dinyanyikan oleh kedua-dua penghibur dari China dan Vietnam, dengan lirik "Vietnam dan China, yang digabungkan oleh gunung dan perairan. Seperti gunung dan laut yang kita kongsi bersama, persahabatan kita akan kekal selagi matahari terus bersinar. Kita minum air daripada sungai yang sama, kita melihat di antara satu sama lain pada siang hari, kita melindungi di antara satu sama lain pada waktu malam" yang menandakan masa depan yang cerah bagi kerjasama ini. Pada akhir majlis itu, ahli daripada kumpulan jelajah Zon Koperasi China-Vietnam yang pertama ini masing-masing melalui pusat pemeriksaan, merentasi sempadan negara dan mula melawat ke negara jiran, demikian menurut Jabatan Publisiti Daxin.

Zon Koperasi itu, yang terletak di daerah Daxin, telah memulakan operasi percubaan mereka, yang ditetapkan untuk berlangsung dari 15 September, 2023 hingga 14 September, 2024. Semasa tempoh operasi percubaan itu, satu model pengurusan akan dilaksanakan yang merangkumi tempahan lawatan berkumpulan, ketersediaan terhad bagi lawatan berkumpulan, masa terhad untuk perjalanan rentas sempadan, keluar masuk hanya untuk kumpulan pelancong, dan laluan pelancongan yang ditetapkan. Dalam operasi percubaan itu, Zon Koperasi itu hanya dibuka kepada pelancong yang memegang Pasport Republik Rakyat China yang sah, Permit Keluar dan Masuk bagi Republik Rakyat China, Pasport Republik Sosialis Vietnam dan Permit Keluar dan Masuk Republik Sosialis Vietnam. Bagi pelancong yang melawat Zon Koperasi dari Vietnam, adalah perlu terlebih dahulu untuk mendaftar bagi kumpulan pelancong melalui Program Mini WeChat "CTG-QUBIANGUAN", dengan setiap kumpulan memerlukan sekurang-kurangnya 5 orang peserta dan maksimum 20 orang. Semasa tiga bulan pertama bagi tempoh operasi percubaan itu, terdapat satu had iaitu sepuluh kumpulan pelancong pada setiap hari.

Bermula pada bulan keempat, kuota harian untuk pelawat rentas sempadan akan meningkat kepada 500 orang. Semua pelawat rentas sempadan akan perlu masuk dan keluar sebagai sebahagian daripada satu kumpulan pelancong. Pusat pemeriksaan sempadan dibuka untuk kemasukan pada setiap hari dari (sepanjang masa ditunjukkan dalam waktu Beijing) 10:00 pagi hingga 15:00 petang, dan sebelum 17:00 semua kumpulan pelancong rentas sempadan harus kembali merentasi sempadan pulang ke negara asal. Setiap kumpulan tidak boleh menghabiskan lebih daripada lima jam untuk melawat sempadan, dan menetap secara tidak sah di wilayah negara lain adalah dilarang sama sekali bagi mana-mana pelawat rentas sempadan. Sepanjang tempoh operasi percubaan itu, laluan pelancongan di dalam Zon Koperasi untuk pelawat Vietnam adalah pusat pemeriksaan saluran masuk dan keluar Zon Koperasi - pelancongan dan zon pemandangan Air Terjun Ban Gioc - hotel dan restoran Ban Gioc – saluran pusat pemeriksaan bagi kemasukan dan keluar Zon Koperasi. Harga tiket untuk pelawat Vietnam ialah VND 70,000/orang/lawatan (sekitar RMB 21 bagi setiap kadar pertukaran semasa, termasuk insurans peribadi kemalangan, tidak termasuk yuran rekreasi yang lain), dan pelawat harus memakai lencana Vietnam semasa lawatan itu.
 
Sumber: Jabatan Publisiti Daxin

Pautan Lampiran Imej:
Pautan: https://iop.asianetnews.net/view-attachment?attach-id=442376

Kapsyen: Majlis Permulaan bagi Operasi Percubaan untuk Zon Kerjasama Pelancongan Rentas Sempadan Air Terjun Detian-Ban Gioc China-Vietnam

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment