Thursday, September 28, 2023

JEONJU, BANDAR DENGAN DAYA TARIKAN PALING TULEN KOREA, AKAN MENGADAKAN PERAYAAN JEONJU 2023 MENAMPILKAN 14 PESTA SEPANJANG BULAN OKTOBER




JEONJU, Korea Selatan, 27 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) --
 Sepanjang bulan Oktober, Jeonju menganjurkan pelbagai pesta yang membolehkan anda menikmati intipati sejarah, cita rasa, gaya dan budaya Korea.

Bandar Jeonju, Jeollabuk-do, bandar paling menerapkan budaya Korea, akan mempersembahkan Perayaan Jeonju 2023 pada bulan Oktober, acara yang membolehkan anda menghargai sepenuhnya daya tarikan Jeonju, termasuk sejarah, budaya dan identiti bandar tersebut.

Pengunjung dari seluruh dunia yang mengunjungi Jeonju pada bulan Oktober untuk menghadiri 'Perayaan Jeonju 2023' akan melihat pelbagai acara yang diadakan setiap minggu di beberapa lokasi di seluruh bandar, termasuk Perkampungan Jeonju Hanok, Pusat Kebudayaan Tradisional Korea, Stadium Umum Jeonju dan Perkampungan Seni Seohak-dong.

Pada minggu pertama bulan Oktober, pesta gourmet yang mewakili Korea, 'Pesta Jeonju Bibimbap' (7-9 Oktober), 'Perarakan Istiadat untuk Menyemadikan Potret Raja Taejo daripada Dinasti Joseon' (6 Oktober), 'Seni Jeonju Nanjang' (7-9 Oktober) dan 'Pesta Industri Hanji Antarabangsa' (7-10 Oktober), akan berlangsung.

Kemudian pada minggu kedua pula, acara 'Berjalan Malam Warisan Kebudayaan Jeonju' (13–14 Oktober) untuk menggalakkan orang ramai melakukan perjalanan pada waktu malam ke aset kebudayaan, 'Pesta Pop Joseon', pesta baharu yang mempamerkan tarikan Jeonju sebagai bandar berlagu (13–15 Oktober) dan 'Pesta Membaca Jeonju' untuk mengekalkan watak Jeonju sebagai bandar kebudayaan penerbitan (13–15 Oktober) akan diadakan.

Selepas itu, acara yang akan berlangsung pada minggu ketiga dan keempat dalam bulan Oktober itu termasuk Minggu Kebudayaan Hanbok (16–22 Oktober), Pesta Penyemadian Potret Raja Taejo (21 Oktober), Pesta Khusus untuk Kemudahan Kebudayaan di Kampung Hanok (27–29 Oktober) dan Ekspo Makanan Fermentasi Antarabangsa Jeonju (26–30 Oktober).

‘Pesta Pembukaan untuk Perayaan Jeonju 2023' juga dijadualkan untuk mengalu-alukan warga tempatan dan pengunjung Jeonju selama empat hari dari 6 hingga 9 Oktober di Stadium Jeonju dan tapak stadium besbol lama, dengan 16 program berbeza.

Woo Beom-ki, Datuk Bandar Jeonju, berkata, “Jeonju, bandar kebudayaan dan pelancongan terkemuka Korea, telah menganjurkan siri pesta yang merangkumi intipati budaya Korea dan identiti Jeonju. Kami akan berusaha memastikan bahawa setiap individu yang mengunjungi Jeonju memperoleh pengalaman citarasa dan kecantikan bandar ini sepenuhnya.”

Maklumat lanjut tentang pelancongan budaya di Jeonju, termasuk pesta pada bulan Oktober, boleh didapati di laman web 'Kunjungi Jeonju':
https://tour.jeonju.go.kr/eng/index.jeonju

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53562305/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17503

No comments:

Post a Comment