Wednesday, September 20, 2023

HAINAN MENGANJURKAN ACARA PROMOSI PELABURAN DI UAE DAN HKSAR, MEMPERLUASKAN PELAWAAN UNTUK KERJASAMA PERNIAGAAN

HAIKOU, China, 19 Sept., 2023 /Xinhua-AsiaNet/--

Delegasi dari Hainan, pelabuhan perdagangan bebas terbesar di China, telah berjaya mengakhiri lawatan mesra mereka ke Emiriah Arab Bersatu dan Hong Kong SAR, pada 17 September. Sepanjang lawatan itu, delegasi terlibat di dalam pelbagai rundingan ekonomi dan perdagangan, menjalankan aktiviti promosi pelaburan, dan menerbitkan bon luar pesisir, untuk mempamerkan komitmen Hainan yang tidak berbelah bahagi bagi mengembangkan keterbukaan peringkat tinggi mereka, menurut Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Parti Hainan.

Hong Kong bukan sahaja menjadi sumber terbesar pelaburan asing bagi Hainan tetapi juga merupakan satu daripada rakan dagangan terpenting mereka. Semasa lawatan ke Hong Kong, Hainan mengadakan satu persidangan promosi di mana Haikou Fullsing Internet Industrial Park mencapai perjanjian kerjasama dengan lima perusahaan dan institusi. Dalam satu pertemuan di antara John Lee Ka-chiu, Ketua Eksekutif bagi Hong Kong SAR, dan Liu Xiaoming, Gabenor bagi Wilayah Hainan, John Lee Ka-chiu menyatakan bahawa industri perkhidmatan profesional Hong Kong dalam bidang perakaunan, kewangan, undang-undang dan inovasi dan teknologi mempunyai bakat yang banyak. Beliau juga menegaskan bahawa industri ini boleh memberikan sokongan untuk pembangunan pelabuhan perdagangan bebas Hainan, di samping menawarkan peluang pembangunan yang lebih luas bagi kalangan profesional di dalam industri perkhidmatan Hong Kong.

Semasa lawatan mereka ke Emiriah Arab Bersatu, delegasi Hainan itu telah menganjurkan "Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan China -- Persidangan Promosi UAE" dengan tujuan untuk mempromosikan dasar-dasar pelabuhan perdagangan bebas Hainan, menonjolkan pencapaian mereka di dalam pembangunan berkualiti tinggi, menggalakkan syarikat-syarikat UAE untuk melabur dan menubuhkan perniagaan di Hainan, dan memupuk kerjasama di dalam pelbagai sektor termasuk ekonomi, perdagangan, industri, budaya, pelancongan, dan teknologi di antara kedua-dua wilayah itu.

Semasa lawatan itu, Wilayah Hainan telah melengkapkan penetapan harga nilai buku bagi bon kerajaan tempatan Renminbi luar pesisir mereka untuk tahun 2023 di Hong Kong, dengan jumlah saiz terbitan RMB 5 bilion. Dana yang diperolehi itu terutamanya akan dilaburkan di dalam bidang seperti penjagaan kesihatan, pendidikan, pemuliharaan marin, pemantauan dan pemulihan alam sekitar, dan perlindungan sumber spesies.
 
Sumber: Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Parti Hainan 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17477

No comments:

Post a Comment