Thursday, September 21, 2023

HUAWEI DAN PERSATUAN PENYELIDIKAN DAN PEMULIHARAAN LAUTAN (ORCA) MENUNJUKKAN CARA MELINDUNGI HIDUPAN LAUT IRELAND

Pada 14 September 2023, Huawei dan Persatuan Penyelidikan dan Pemuliharaan Lautan (ORCA) Ireland bersama mengeluarkan penyelidikan terkini mengenai pemuliharaan hidupan laut di Ireland. (Foto: Huawei)

 Data yang baharu dikumpul mendedahkan banyak ikan lumba-lumba dan ikan paus berada di laluan kapal di luar pantai selatan Ireland


DUBLIN, 20 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Persatuan Penyelidikan dan Pemuliharaan Lautan (ORCA) Ireland dan Huawei Ireland mengeluarkan penemuan penting yang terkini mengenai perlindungan hidupan laut di Ireland yang ditemui semasa melakukan kerja bersama dalam projek Smart Whales Sound. Pengumuman tersebut dibuat semasa Sidang Kemuncak OceanTech di Baltimore Castle Ireland di Ireland.

Kajian bersama mendapati bahawa laluan kapal di Laut Celtic selatan Ireland menyumbang kepada pencemaran bunyi dalam persekitaran laut dengan ketara. Penyelidikan terdahulu telah menunjukkan bahawa hingar lautan boleh menjejaskan pelbagai jenis spesies laut, termasuk anjing laut, ikan dan malah sotong; dan ini boleh mengancam kemandirian ikan paus.

Setakat ini, sistem pengesanan berbilang spesies masa nyata telah menunjukkan implikasi yang praktikal untuk pemuliharaan laut. Sistem ini boleh menyediakan pemberitahuan masa nyata kepada kapal di kawasan yang terdapat ikan paus dan ini disebabkan oleh penggunaan sistem pemerolehan data akustik baharu yang amat berguna. Sistem ini berpotensi membantu dalam perancangan infrastruktur laut yang utama, seperti kemudahan tenaga boleh baharu luar pesisir, bertujuan meminimumkan kesan hingar ke atas hidupan laut semasa fasa pembinaan.

Emer Keaveney, Pengasas Bersama dan Pengarah Eksekutif ORCA Ireland, berkata:

"Hingar daripada kapal dan aktiviti manusia yang lain di perairan kita boleh memberikan kesan buruk yang memudaratkan ke atas hidupan laut seperti ikan paus dan ikan lumba-lumba. Hingar kapal, seperti dengung rendah kapal kontena boleh menghalang panggilan ikan paus, menjejaskan komunikasi haiwan dan strategi sejarah hidupan yang penting seperti pemberian makanan yang diselaraskan, atau memindahkan haiwan keluar dari habitat penting.

"Kemajuan terkini dalam teknologi memberikan peluang yang semakin meningkat untuk menggunakan inovasi ini bagi tujuan kebaikan dan menambah baik pemahaman kita tentang dunia semula jadi. Untuk mencapai matlamat ini, kami menggunakan [platform pembangunan AI] ModelArts dan storan awan Huawei, dipadankan dengan pembelajaran mesin, bertujuan mengautomasikan pemantauan hidupan liar untuk pemuliharaan laut."

Luis Neves, Ketua Pegawai Eksekutif Inisiatif Kelestarian Pembolehan Global mengulas,

"Kerja merakam bunyi di lautan dan memanfaatkan kuasa AI, serta analisis data raya untuk menambah baik pemahaman kita tentang ekologi laut dan interaksi kompleks dengan pelbagai ancaman menjadi kepentingan utama. Usaha ini bukan sahaja memudahkan keterlibatan awam yang lebih luas tetapi juga mengukuhkan keberkesanan inisiatif pemuliharaan, akhirnya menyumbang kepada kemandirian dan kesejahteraan spesies laut.

"Di GeSI, kami berbangga kerana ahli kami Huawei bertanggungjawab memimpin, serta menggunakan inovasi dan AI/model pembelajaran mendalam yang canggih untuk mengesan dan mengenal pasti spesies setasea secara automatik dan oleh yang demikian, menyokong pemeliharaan ikan lumba-lumba dan ikan paus."

Luke McDonnell, Ketua PR Huawei Ireland, berkata,

"Huawei percaya bahawa tiada siapa yang harus ketinggalan dalam dunia digital dan kami telah menjadikan ini sebagai misi kami untuk meletakkan rangkuman digital di bahagian hadapan dan tengah perniagaan kami. Selain perlindungan alam sekitar, kami percaya bahawa teknologi digital juga memainkan peranan penting dalam banyak bidang lain. Teknologi digital seperti AI, awan dan 5G sedang diintegrasikan dengan pantas dan digunakan secara meluas merentasi industri berbeza. Ini memudahkan transformasi digital dan pembangunan sosio-ekonomi yang mampan, serta membawa manfaat ketara kepada masyarakat secara keseluruhan."

Bermula pada bulan Mac 2021, projek ORCA Ireland Smart Whale Sounds dijalankan dengan kerjasama Rainforest Connection (RFCx) dan dibantu oleh Huawei Ireland melalui inisiatif TECH4ALL, sebagai kajian bioakustik laut masa nyata yang pertama di Ireland. Analisis awal mencadangkan bahawa pantai selatan Ireland ialah 'kawasan utama' setasea (ikan paus, ikan lumba-lumba dan ikan lumba-lumba ambu). Setasea membentuk hampir separuh daripada semua haiwan di sempadan laut dan darat Ireland. Di seluruh dunia, mamalia laut ialah satu pertiga daripada jumlah haiwan di bumi.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53555531/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi
Olivia Zhang
corporate.comms@huawei.com
 
Sumber: Huawei

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment