Saturday, September 30, 2023

INSTITUT STRATEGI ANTARABANGSA (ISI) BERGABUNG TENAGA DENGAN PERSIDANGAN ANTIRASUAH DUNIA DI BAWAH PIMPINAN ENCIK CHEAH CHYUAN YONG




KUALA LUMPUR, Malaysia, 29 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Institut Strategi Antarabangsa, yang berdedikasi untuk memupuk pertumbuhan, mewujudkan peluang dan memajukan kemakmuran Asia, bersedia memperkukuh tadbir urus global bersama Persidangan Antirasuah Dunia yang akan diadakan pada 16 November 2023. Persidangan Antirasuah Dunia (WACC) menyasarkan untuk menangani dan memerangi rasuah pada skala global, serta akan berfungsi sebagai platform untuk pihak berkepentingan, penggubal dasar, pakar, wakil masyarakat awam dan pemimpin perniagaan, berhimpun dan membincangkan strategi, berkongsi amalan terbaik, serta bekerjasama dalam usaha menjayakan antirasuah. Ketahui tentang Institut Strategi Antarabangsa (ISI): https://www.istrategyglobal.org/.

Dengan rekod prestasi yang terbukti dalam lebih 100+ acara, penglibatan Encik Cheah Chyuan Yong bersama Perdana Menteri menekankan pengaruh dan komitmen beliau untuk membentuk masa depan Asia. Bersama matlamat untuk menghubungkan kerajaan dan perniagaan di seluruh Asia, menyokong amalan perniagaan beretika dan pembangunan mampan yang tertumpu kepada pertumbuhan pekerjaan, ISI menggalakkan perdagangan dua hala dan pertumbuhan ekonomi dengan mewujudkan peluang dan membina hubungan di seluruh rantau Asia-Pasifik.

ISI memulakan perjalanan usaha ini dengan perancangan sidang kemuncak korporat, forum ekonomi, ekspo perdagangan domestik, sidang kemuncak antirasuah dan perbincangan mengenai dasar cukai. Perjalanan usaha ini telah memberi manfaat secara langsung kepada lebih 500 perniagaan, memupuk pertumbuhan dan kemakmuran.

Objektif ISI:
1. Memudahkan Pertumbuhan dan Jaringan Perdagangan Dua Hala: ISI bertindak sebagai pemangkin untuk kerjasama dalam kalangan perniagaan, peneraju industri dan kerajaan, memacu pertumbuhan ekonomi, memupuk peluang dan meningkatkan perdagangan dua hala.
2. Menyediakan Penyelidikan Tepat pada Masanya: Di bawah bimbingan Encik Cheah Chyuan Yong, ISI berjaya melaksanakan penyelidikan termaju, memperkasa ahli dan memastikan kerajaan dimaklumkan tentang perkembangan perdagangan dan politik bagi mewujudkan koridor global, dengan itu dapat memupuk minda pertumbuhan.
3. Menghubungkan Perniagaan dengan Pelabur Strategik: ISI cemerlang dalam menghubungkan perniagaan dengan pelabur yang sesuai, memupuk hubungan dan menggalakkan pertumbuhan pekerjaan.
4. Menggalakkan Tanggungjawab Sosial Korporat: Encik Cheah Chyuan Yong dan ISI menyatukan kerajaan, perniagaan dan organisasi awam untuk menjalankan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang menyokong komuniti dan keusahawanan tempatan.

Encik Cheah Chyuan Yong menegaskan, “Sejarah Asia telah menyaksikan kitaran perjuangan, konflik dan kemiskinan. Walau bagaimanapun, pada hari ini, Asia berdiri sebagai satu daripada rantau pertumbuhan paling dinamik di dunia. Untuk memanfaatkan peluang yang ditunjukkan oleh masa depan digital, Asia mesti memastikan kerjasama lancar antara kerajaan dan sektor swasta, memupuk minda pertumbuhan perniagaan, serta mengutamakan kesaksamaan dan pemerkasaan.”

Aktiviti Utama:
• Pelaburan dan Khidmat Nasihat
• Menganjurkan Persidangan dan Forum Strategik Peringkat Tinggi di Asia
• Menubuhkan Nod ISI di Bandar Utama di Seluruh Dunia
• Menyediakan Perkhidmatan Perhubungan Kerajaan
• Menawarkan Perundingan Risiko Politik
• Mewujudkan Balai Kemasyhuran Perniagaan untuk Mengiktiraf Kecemerlangan Kepimpinan
• Menyokong Pembangunan Projek dan Promosi Pelaburan

ISI menyampaikan jemputan terbuka kepada kerajaan, perniagaan dan individu di seluruh Asia Pasifik untuk berganding bahu dalam perjalanan transformatif ini ke arah masa depan yang makmur, terangkum dan mampan.

Maklumat Tentang ISI: ISI ialah organisasi bukan untung, menyatukan pemimpin kerajaan dan korporat bertujuan memupuk hubungan di seluruh Asia Pasifik. ISI menyokong nilai perniagaan beretika, peluang pertumbuhan dan menawarkan platform untuk dialog dan jaringan bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17510

No comments:

Post a Comment