Tuesday, September 26, 2023

JKKN SEMARAKKAN SENI BUDAYA KELANTAN KALI KE-6

TUMPAT26 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) membawakan kembali Festival Kesenian Rakyat Kelate (FKRK) untuk kali ke-6 telah diadakan pada 21 hingga 23 September 2023 bertempat di Pantai Geting, Tumpat, Kelantan. Negeri Kelantan mempunyai potensi menjadi sebuah negeri tarikan pelancongan kerana kaya dengan seni budaya dan warisan tradisional yang unik dan autentik.
 
FKRK, yang dirasmikan oleh YAB Dato' Panglima Perang Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan, telah mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan dan Persatuan Seni Budaya Sri Gelam. YBrs. En. Mohd. Yusri bin Mohd. Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) dan YBrs. Encik Mohd Amran bin Mohd Haris, Ketua Pengarah, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara turut hadir untuk memeriahkan FKRK ini.

Festival ini bertujuan mengetengahkan keunikan seni budaya warisan negeri Kelantan di samping dalam usaha menyemarakkan dan melestarikan nilai seni dan budaya di negeri Kelantan khususnya aktiviti-aktiviti seperti pertandingan tarian, pertandingan dikir barat, pertandingan memancing, pertandingan klongjau atau gendang siam, pertandingan sukan rakyat, pertandingan biri-biri jangok dan macam-macam lagi.

Antara pengisian yang menarik ialah persembahan Pergendangan “Simfoni Kelate”, Pertandingan Dikir Barat, Nyanyian Artis Kelantan, Persembahan Wayang Kulit dan Pementasan Makyong. Terdapat juga pertandingan memasak “Jeliro Kelantan Bersama Adabi”, Pertandingan Memancing, Pertandingan Biri- Biri Jangok, sukan rakyat dan larian sarung FKRK.  
 
Festival ini juga telah diisi dengan pengisian ceramah agama dan persembahan Qasidah yang dikendalikan dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan manakala Pertandingan Suara Azan pula daripada Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Selain Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd., FKRK turut mendapat penajaan daripada F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd. dan Bank Simpanan Nasional (BSN) di samping beberapa agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan dan NGO Seni Budaya bagi mengadakan pameran dan demonstrasi. 
 
Sebelum itu, pertandingan Tarian Rampaian Melayu FKRK yang melibatkan sebanyak 15 buah sekolah telah dipertandingkan di Kompleks JKKN, Kelantan pada 10 September 2023 lalu dan majlis penyampaian hadiahnya  adalah pada kemuncak program ini.
 
Untuk rekod, pada tahun 2022, seramai 55,841 pengunjung hadir ke Festival Kesenian Rakyat Kelate selama tiga (3) hari penganjuran dengan Return On Investment (ROI) pendapatan sebanyak RM164,363.86 dan peserta seramai 1,221 orang.

Layari laman web rasmi Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara www.jkkn.gov.my untuk maklumat organisasi dan maklumat-maklumat berkaitan seni budaya. Media Sosial JKKN Kelantan https://facebook/jkknkelantan dan Facebook Page https://www.facebook.com/jkkn.kelantan/

Dikeluarkan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Tel: 03-2614 8200  Faks: 03-2697 0786
Laman Sesawangwww.jkkn.gov.my  E-melukk@jkkn.gov.my
Platform Media Sosial Rasmi JKKN:
Facebook: @Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan @mysenibudaya
Instagram, Twitter & YouTube: @mysenibudaya  


Pautan google drive untuk gambar-gambar program FKRK 2023.
https://drive.google.com/drive/folders/1FnUg93Jd3fAcpxReioqUm1_HZcrzwxt0?usp=drive_link

 

SUMBER : Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Mazidah Binti Mustapha
Pengarah
Unit Komunikasi Korporat, JKKN
Tel: 03-2614 8200 / 012-952 2095 
E-mel: mazidah@jkkn.gov.my

Nama: Nik Mohd Fadly Bin Nik Mat
Penolong Pengarah
Unit Komunikasi Korporat, JKKN
Tel: 03-2614 8200 / 013-382 2115
E-mel: nikfadly@jkkn.gov.my 

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment