Wednesday, September 6, 2023

TEMASYA BUDAYA @ NEGERI PERAK TARIK MASYARAKAT KENAL LEBIH DEKAT KESENIAN PELBAGAI KAUM NEGERI PERAK

PERAK, 5 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak  telah mengadakan Program Temasya Budaya @ Negeri Perak 2023 pada 30 Ogos - 2 September 2023 (Rabu -Sabtu) bertempat di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, Ipoh, Perak. Program ini telah mendapat kerjasama Tourism Perak, Pejabat Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Negeri Perak dan Majlis Kebudayaan Negeri Perak. Program ini telah dihadiri oleh YBhg Datuk Shaharuddin bin Abu Sohot, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bersama YBrs Encik Mohd Amran bin Mohd Haris, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Program ini antara lainnya bertujuan mengangkat kepelbagaian seni, budaya, warisan dan pelancongan yang terdapat di negeri Perak dengan kepelbagaian etnik dan kaum. Ia merupakan rangkuman daripada pelbagai aspek yang meliputi budaya, etnik, agama, amalan tradisi yang mengarah kepada kesatuan kebudayaan yang bersifat nyata. Temasya Budaya Negeri Perak secara langsung dapat mendekatkan pelancong tempatan dan antarabangsa melalui pelbagai pengisian seni budaya warisan dan pelancongan.
 
Program ini telah mendapat sokongan padu daripada Kerajaan Negeri Perak dan menarik minat usahasama badan korporat serta persatuan seni budaya untuk sama-sama menjadikan program ini bertaraf cemerlang. Penganjuran Temasya Budaya Negeri Perak 2023 turut dimeriahkan lagi dengan Sambutan Ambang Kemerdekaan Peringkat Negeri Perak oleh Kerajaan Negeri Perak melalui Tourism Perak, International Pior Art & Engine 2023 oleh Persatuan Pelukis Negeri Perak, Sarung Run oleh Pertubuhan Seni Kayangan Perak (PESKAP) dan Bagi Run Club serta Pesta Citarasa Sambal dan Usahawan Perak oleh SWA TV Media yang turut bersama-sama merealisasikan temasya ini sebagai hab kesenian pelbagai kaum yang menarik  dan wajib dikunjungi.
 
Antara pengisian menarik yang telah diatur sepanjang  empat (4) hari program ialah pertandingan Kejohanan Sepak Raga Ratus, Bola Sepak Pelikat, Battle of the Band,  Alunan Irama Nurani, Bintang Irama Malaysia, Peragaan Kanak-kanak dan Mewarna Keluarga. Turut memeriahkan program ialah Pesta Sambal, Pameran Kebudayan Pelbagai Kaum, Demonstari Makanan Tradisional Pelbagai Kaum, Jualan Kraf Tradisional dan jualan  makanan minuman.
 
Pelbagai acara menarik telah disediakan untuk menarik perhatian pengunjung pada Malam Gala Temasya ialah garapan persembahan mengangkat Rebana Perak yang merupakan seni muzik tradisional di negeri Perak dengan memaparkan kemeriahan suasana tempatan dalam nuansa perarakan pergendangan pelbagai kaum. Hiburan bersama artis terkenal seperti Black, Haziq, Bob Yusof dan ramai lagi turut menarik pengunjung untuk hadir ke temasya ini.
 
Bersama ini dikemukakan pautan google drive bahan-bahan promosi Temasya Budaya@Negeri Perak untuk makluman jua.
https://drive.google.com/drive/folders/1-40F0OIzbjRWOe6ehmX8DagOkpt9VErc
 
Dikeluarkan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
 
Platform Media Sosial Rasmi JKKN:
Facebook: @Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan @mysenibudaya
Instagram, Twitter & YouTube: @mysenibudaya

Sumber: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Tel: 03-2614 8200 
Faks: 03-2697 0786
Laman Sesawang: www.jkkn.gov.my  
E-mel: ukk@jkkn.gov.my 

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment